View: 1552|Reply: 12
|
Alahai Suka Betul Tengok Watie Pujuk Anak Tiri Merajuk, Tahniah Mummy!
[Copy link]
|
|
Kemesraan ditunjukkan isteri pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib iaitu Watie Hanifiah terhadap anak-anak tirinya memang tidak disangkal lagi.
Malah, layanan baiknya terhadap mereka turut menerima pujian netizen.
IG
Menerusi perkongsian video terbaharu di Instagram, Watie, 35, dilihat memujuk anak ketiga iaitu Ariq Matin yang sedang merajuk menarik perhatian pengikut.
Kata Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, Matin merajuk selepas melihat dia memeluk Talita.
"Masa itu mummy (panggilan Watie) dengan Dekta (panggilan Talita) sahaja, mana ada awak... biarlah mummy peluk Dekta, asyik peluk awak saja.
"Matin kenapa awak nak merajuk... Mummy keluar berdua saja dengan Dekta. Awak tak ikut mummy. Masa tu awak dekat rumah atuk," katanya.
Dalam rakaman itu, Watie dilihat terus memujuk Matin dengan menyanyi bersama.
Namun, anak lelaki penyampai radio berkenaan masih lagi menangis menunjukkan rasa tidak puas hati.
"Janganlah menangis... Dia merajuk sekarang. Mummy menyanyi dengan awak pula.
"Macam mana mummy nak menyanyi dengan awak kalau awak tak beri kerjasama," pujuk Watie.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat anak-anak Shuib akhirnya dapat menumpang kasih seorang insan bernama ibu.
"Alhamdulillah, anak-anak Allahyarham sudah mendapat semula tempat bermanja dan kasih sayang seorang ibu... Terima kasih dan tahniah buat Watie.
" asti Shuib sangat lega bila sudah ada ibu baharu untuk anak-anak dia. Meskipun bukan ibu kandung tapi insyaAllah kasih sayang yang Watie beri tak berbelah bahagi.
"Dia (Matin) cemburu. Ala comelnya... seronok sangat tengok anak-anak gembira dapat kasih sayang mummy," tulis netizen.
Sebelum itu, Watie berkongsi rakaman video dia bersama Talita sedang berada dalam kereta menyanyikan lagu Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian ST12.
Selepas menyanyi bersama, Watie memeluk dan mencium kanak-kanak perempuan itu.
Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.
Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Scene dekta ngan watie tu , ayat dekta tu nampak sangat berlakon .. boleh pulak placing camera btul2 mengadap korang . family ni please jangan try hard sangat boleh ke idok .. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai bosannya. Boleh tak buka thread pasal orang lain pulak? Ke selagi jah tak beranak selagi tu ada thread pasal family soeb?
|
|
|
|
|
|
|
|
Talita nih muka soeb btol |
|
|
|
|
|
|
|
Amende la perguna budak2 tu untuk berlakon camtu. Choi kau Soeb dan bapak mentua, mak mentua kau. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian budak2 ni di jadikan konten... muka masing2 pun dah macam berserah kepada ilahi...
|
|
|
|
|
|
|
|
boooooo..!! try hard sangat la bahlol..!! |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mmg sungguh2 nak bgtau dia pandai nyanyi kan. Dia nak org pandang bakat dia kan |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kah dulu netijen cerca...sekarang dah puji2 lak...hmmm bagus lah. akak pon bosan asik2 citer dia org ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Wati menyayangi anak2 ini sepenuh hati dan mendapat anak sendiri dalam 10 tahun lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
dgn pelbagai cara die nk cuba buktikan yg die pndi nyanyi. dkt tiktok mmg diorg berlakon je tu masa before kahwin mula2 talita pggl die auntie jom nyanyi tp watitek ni tk puas hati suruh pggl mummy walaupon blm kahwin time tu. |
|
|
|
|
|
|
|
DeLuna85: Dia mmg sungguh2 nak bgtau dia ...
Berangan nak buat single kot. Lepas tu watitek ni x de mak bapak ke? Kenapa asyik dengan mertua si shuib aja? |
|
|
|
|
|
|
|
netizon takut kena saman
|
|
|
|
|
|
|
| |
|