Anna Jobling tak meletakkan harapan tinggi untuk mengungguli trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 Julai depan.
Dia turut diumumkan antara 10 artis yang mendahului undian sekali gus berpeluang untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 35. Menurut Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, dia berasa terharu dan bersyukur kerana namanya tersenarai dalam 10 artis yang mendahului undian berkenaan. "Saya hanya mengharapkan yang terbaik pada malam kemuncak nanti kerana pencalonan inipun sudah buat saya gembira. "Secara peribadi, saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana tidak mahu kecewa nanti," katanya kepada Harian Metro. Selain Anna, barisan artis yang turut mendahului undian adalah penyanyi popular Aina Abdul, Ernie Zakri, Siti Nordiana, Khai Bahar dan Amir Masdi. Tidak ketinggalan, pelakon Meerqeen, Ben Amir, Sharifah Rose dan Bell Ngasri.
|
dudaberhias: fanbase theyols masih kuat ras ...
Mulotkoyak replied at 12-7-2023 03:34 PM
oyen tu macam redza rosleee... Hahaha
one_aiman replied at 12-7-2023 09:31 PM
Kak lina kepom kebabom pun x lepas top10, macam mana sharifah rose boleh terlebih2 undi? Tolong la n ...
dudaberhias replied at 12-7-2023 07:09 PM
Ahahahah semestinya kaka...
Yang seiras rhoper kucing sorang lagi pun anak cyst je...
ADVERTISEMENT