View: 1397|Reply: 17
|
Anna Jobling Tak Berharap Menang Bintang Paling Popular, Takut Kecewa
[Copy link]
|
|
Anna Jobling tak meletakkan harapan tinggi untuk mengungguli trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 Julai depan.
Dia turut diumumkan antara 10 artis yang mendahului undian sekali gus berpeluang untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 35.
Menurut Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, dia berasa terharu dan bersyukur kerana namanya tersenarai dalam 10 artis yang mendahului undian berkenaan.
Foto: IG
"Saya hanya mengharapkan yang terbaik pada malam kemuncak nanti kerana pencalonan inipun sudah buat saya gembira.
"Secara peribadi, saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana tidak mahu kecewa nanti," katanya kepada Harian Metro.
Selain Anna, barisan artis yang turut mendahului undian adalah penyanyi popular Aina Abdul, Ernie Zakri, Siti Nordiana, Khai Bahar dan Amir Masdi. Tidak ketinggalan, pelakon Meerqeen, Ben Amir, Sharifah Rose dan Bell Ngasri.
Pada ABPBH 35, Anna juga berjaya membolosi empat pencalonan iaitu dalam kategori BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular, Couple TV Popular dan Drama Popular.
Mengenai pencalonannya dalam empat kategori pada ABPBH 35, kata Anna, ia adalah rezeki dalam bidang seni tanah air.
"Ia adalah julung kalinya saya tercalon dalam ABPBH seterusnya bolos Top 5 dan juga sebagai penyampai trofi.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki ini dan ia juga penghargaan dalam karier seni diberikan kepercayaan sebagai penyampai pada acara berprestij ini," katanya.
Mengulas laluan mudahnya bolos Top 5 ABPBH 35 menerusi drama Melur Untuk Firdaus pula, kata Anna, dia juga tidak sangka namanya melonjak naik kerana drama berkenaan.
"Sebenarnya, saya juga pernah berlakon drama dua tiga tahun sebelum dikenali dengan drama Melur Untuk Firdaus.
"Saya juga sedar bila nama cepat naik kita juga akan cepat jatuh.
"Hakikatnya, orang tidak tahu, saya sudah mula berlakon watak ekstra sejak umur 15 tahun dan sudah berapa kali saya kena 'reject' bila pergi uji bakat dulu kerana saya tidak cerita semua itu," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
fanbase theyols masih kuat rasanya macam theyols akan menang lagi...
Meerqeen & Anna Jobling
tu je yang herlok dan tengah popular pun...
dah tu takkan nak bagi hero muka kucing kurap oyen menang???
tak pasal2 acik2 semua lontar TV kot tingkap dan kambus belakang rumah...
dengan iols sekali terpaksa kalih ke channel animal planet...
kalau sekadar nak tayang hero muka kucing kurap kat dalam drama TV baik tengok animal planet jah situ lagi banyak binatang comel2...
orang ramai tak pergi buat report ke dekat dbkl yang kucing kurap liar berkeliaran kat TV tu...
perhilitan kutip jap please! semak
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: fanbase theyols masih kuat ras ... oyen tu macam redza rosleee... Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Sila beli undi & menang dik anna. At least ada gak yg lawa berlakon drama. Aiols masih phobia nak nengok drama selepas tertengok nobita & kakak sepupu sizuka berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni cantik berbakat cuma kdg2 bila ckp ada slang English sikit. Kalau berlakon jd t20 ok.. kakau utk watak marhaen drama rtm kurang sesuai muka international betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik kudsia kahar masa muda2 |
|
|
|
|
|
|
|
Silap2 bell yang menang bintang paling popular |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck anna…suka tak suka mmg sheols tgh panas skrg…pandai management sheols buat marketing. |
|
|
|
|
|
|
|
Mulotkoyak replied at 12-7-2023 03:34 PM
oyen tu macam redza rosleee... Hahaha
Ahahahah semestinya kaka...
Yang seiras rhoper kucing sorang lagi pun anak cyst je...
|
|
|
|
|
|
|
|
nak Barkoba menang |
|
|
|
|
|
|
|
harap bell menang
undi jgn tak undi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kak lina kepom kebabom pun x lepas top10, macam mana sharifah rose boleh terlebih2 undi? Tolong la nizers oii, tolong smart sikit |
|
|
|
|
|
|
|
skrg tgh rmi buat kempen undi bell..harap bell blh menang l..
|
|
|
|
|
|
|
|
one_aiman replied at 12-7-2023 09:31 PM
Kak lina kepom kebabom pun x lepas top10, macam mana sharifah rose boleh terlebih2 undi? Tolong la n ...
rse kak kepom lagi letop..knp xmsk top10 |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha weiiii anak cyst tu betul la
|
|
|
|
|
|
|
|
harap tak memang bosan gila muka dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|