CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Banyak Ekor Ditangkap, Tetap Sentiasa Muncul Lagi- Satu Keluarga Ketakutan Rumah Dipenuhi Anak Ular Sawa

12-7-2023 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1250| Komen: 19

PETALING JAYA – Seorang wanita ketakutan apabila rumah yang didiaminya dipenuhi anak ular sawa.

Video yang dimuat naik Tiniefaizal85 di akaun TikTok miliknya memaparkan, beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang giat menangkap beberapa ekor anak ular sawa di kawasan rumahnya.




Jelasnya, walaupun banyak anak ular sudah ditangkap, namun kelibat anak ular sawa masih kelihatan di sekitar rumahnya.

“Ular masih ada lagi kat rumah. Tak tahu nak buat macam mana. Kami sekeluarga ketakutan, nak keluar takut, naik kereta pun takut sebab ada yang masuk dalam bonet.

“Semua anak ular sawa dah keluar masuk kawasan rumah,” katanya.

Tambahnya, dia juga meminta pendapat orang ramai cara mengatasi kehadiran ular sawa di rumahnya.



“Ada cadangan tak sahabat? Ada sarang ular sawa dekat bawah longkang saya itu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai masalah wanita tersebut.

“Kak, cuba letak limau dengan garam. Kak tabur dekat sekeliling rumah. Sebab selalu dengar orang cakap macam itu,” kata Farahsafn.

“Takutnya, tak boleh bayang nak tido macam mana. Memang ketakutan dibuatnya. Banyak sangat-sangat ni,” ujar MakcikTT. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 12-7-2023 10:17 AM
ce g tanya bomoh kihkih
Quote ketambangkang 12-7-2023 10:20 AM
cari mak dia la, ni mesti ada sawa betina yg bertelur byk2..bile dh bertelur tu mesti ada apaknya jugak
Quote hareeeesah 12-7-2023 10:27 AM
Seram & geli…
Quote airfilterkotor 12-7-2023 10:36 AM
Belakang umah kat luar pagar tu penuh semak.
Quote kuzaime 12-7-2023 10:38 AM
kot dah anak pun banyak, adalah tu maknya. Silap2 rumah jiran sebelah2 pun banyak gak ular
Quote Dalcott 12-7-2023 11:50 AM
Quote kechikchomel 12-7-2023 12:04 PM
bukan ke kalau orang camping dalam hutan dorg tabur belerang?
Quote Decaffeinated 12-7-2023 04:51 PM
Try lah migrate ke Ireland. Di sana tiada ular.
Quote Decaffeinated 12-7-2023 04:53 PM
kechikchomel replied at 12-7-2023 12:04 PM
bukan ke kalau orang camping dalam hutan dorg tabur belerang?

Mitos.
dah disangkal melalui experimen. Pernah tengok dalam Youtube kot.




Quote white_musk 12-7-2023 04:54 PM
Decaffeinated replied at 12-7-2023 04:51 PM
Try lah migrate ke Ireland. Di sana tiada ular.

Amboi semudah ABC
Quote edayildiz 12-7-2023 04:55 PM
yihhh geli gilakkkkkk.....sumpah kalaubjd kt i..i buang je kereta tu
Quote noor2 12-7-2023 04:57 PM
Mesti ada emak ular...
Quote kotakbaju 12-7-2023 04:58 PM
Napa ada tulis ayat pastu hujung tu buh tanda x. Yang bawah ayat tu pulak tang hujung buh ✓

Tak boleh ka tulis summary elok2
Quote vanillaninja 12-7-2023 05:04 PM
Sama geli I tengok ular dengan geli dengar lagu yang sheols pilih ni.
Quote putriTS 12-7-2023 05:22 PM
Upah la pest control for snakes.....xkan nak tahan jumpa ular hari2 mcmni. Fork out money sikit.
Quote Skuau 12-7-2023 05:31 PM
noor2 replied at 12-7-2023 04:57 PM
Mesti ada emak ular...

makian forumer cari#
-tau beranak jer..tp x reti jaga ank...abis semua merayau msk umh orng......
Quote nw111 12-7-2023 05:35 PM
kechikchomel replied at 12-7-2023 12:04 PM
bukan ke kalau orang camping dalam hutan dorg tabur belerang?

Temberang je dekk...haritu bomba rescue kucen kt rmh akak ckp tipu je belerang tu blh halau ular...
Quote noor2 12-7-2023 06:27 PM
Skuau replied at 12-7-2023 05:31 PM
makian forumer cari#
-tau beranak jer..tp x reti jaga ank...abis semua merayau msk umh orng......: ...

Bnyk sungguh anak beliau
Quote rosedemon 13-7-2023 08:49 AM
kotakbaju: Napa ada tulis ayat pastu hujung tu buh tanda x. Yang bawah ayat tu pulak tang hujung buh ✓ Tak boleh ka tulis summary elok2


ko ni tak tengok trend tiktok keee.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.051716 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top