CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Bertarung Nyawa Melahirkan Anak, Suami Bertarung Dengan Jerung- Rumah Banglo Mewah Milik Abang Budin, Bukan MB Sanusi

12-7-2023 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1132| Komen: 9

Alor Setar: Gambar rumah banglo di Sik yang tular di media sosial  adalah milik abang kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikenali sebagai 'Budin'.

Budin bekerja sebagai penyelam dasar laut, bukan orang politik malah tiada kena mengena dengan politik atau pilihan raya.


"Rumah itu bukan milik beliau (Menteri Besar), tidak ada wang Muhammad Sanusi diguna untuk bina rumah itu walau satu sen. Ia milik orang lain yang dibina hasil titik peluhnya sendiri setelah bekerja keras selama puluhan tahun.

"Selama ini, pemilik rumah itu kumpul wang bekerja sebagai penyelam di dasar laut, terpaksa tinggalkan isteri dan anak-anak hingga tiga atau empat bulan sekali baru boleh balik ke rumah.

"Bukan sekali dua, tetapi banyak kali ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan anak, si suami pula sedang bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut," kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim dalam satu kenyataan.

Foto: Harian Metro


Muhamad berkata, gambar banglo yang lengkap dengan imej Google Map itu ditularkan pemfitnah yang bekerja keras menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dakwanya, ia untuk mempengaruhi orang ramai supaya percaya Muhammad Sanusi hidup kaya raya hingga mampu membina rumah seperti itu.

"Mereka suami isteri, termasuk anak-anak telah banyak berkorban selama ini. Amat menyedihkan tatkala sampai masa untuk mereka mengecap sedikit kegembiraan dapat masuk rumah baru, ada pula orang yang dengki dan sakit hati hingga tergamak menjaja fitnah, konon rumah itu bukan milik mereka. Apa salah mereka kepada kalian?

"Kumpul duit setelah berpuluh tahun kerja mempertaruhkan nyawa dalam keadaan begitu bahaya untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada ahli keluarga, adakah salah?" katanya.

Muhamad turut mempersoalkan mengapa Budin dijadikan mangsa, seolah-olah rumah itu dibina dengan duit haram.

"Adakah salah juga dia ada pertalian darah dengan Sanusi? Adakah kerana pemilik rumah itu abang kepada Menteri Besar, dia hilang hak untuk bina rumah besar walaupun ada duit dan mampu untuk bina rumah seperti itu?" katanya.

Muhamad berkata, penduduk Sik kebanyakannya tahu itu rumah Budin, bukannya rumah Muhammad Sanusi.

Menurutnya, Muhammad Sanusi sendiri mengagumi kesungguhan dan kecekalan abangnya untuk meningkatkan taraf hidup, berkorban dan memberi kesenangan kepada keluarga.

Justeru beliau berharap orang ramai berhenti menularkan perkara itu yang hanya membawa dosa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 12-7-2023 09:36 AM
Tak lawanya rumah
Quote najib888 12-7-2023 10:28 AM
Makan karipap kat rumah cik Sarah,
Pap,pap,pap......piiiiirah...

-Syed Al-Budin
Flat Sri Wangi
Quote Purplehaz 12-7-2023 11:59 AM
Wow Kerja penyelam dasar laut..lumayan ...cari harta karun yer
Quote Minami2013 12-7-2023 12:07 PM
Tengah dgr Keluar Sekejap kat youtube panggil mb kedah ni. Nmpak mcm bagus la fight utk kedah. Dia nmpak bkn typikal pas, mcm org ameno. Harapnya tak ikut lah typikal org ameno dgn kroni2
Quote venom1 12-7-2023 12:08 PM
Purplehaz replied at 12-7-2023 11:59 AM
Wow Kerja penyelam dasar laut..lumayan ...cari harta karun yer

Divers yang kerja dengan sektor Oil & Gas memang mahal bayarannya. Lebih2 lagi divers yang tak bawak tong oksigen bila menyelam tu. Selalunya kerja buat pembaikkan pelantar minyak atau selesaikan masalah piping bawah laut
Quote matamata 12-7-2023 12:13 PM
Bodo punya Editor CARI ni...org dah bukak thread kau pun sebok nak bukak jugak...pegi la kopipes semua cerita murahan kat Mstar tu bawak sini
Quote CiliPadiSedap 12-7-2023 12:17 PM
matamata replied at 12-7-2023 12:13 PM
Bodo punya Editor CARI ni...org dah bukak thread kau pun sebok nak bukak jugak...pegi la kopipes sem ...

dia dapat gaji tu. terpaksa buka kejar kpi
Quote Purplehaz 12-7-2023 12:32 PM
venom1 replied at 12-7-2023 12:08 PM
Divers yang kerja dengan sektor Oil & Gas memang mahal bayarannya. Lebih2 lagi divers yang tak baw ...

Ooo mcm tu..tq info.
Quote matamata 12-7-2023 12:32 PM
CiliPadiSedap replied at 12-7-2023 12:17 PM
dia dapat gaji tu. terpaksa buka kejar kpi

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052815 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top