|
Seram betul bila Kim Kardashian berkongsi pengalaman terakam entiti berupa wanita muncul dalam selfie di rumahnya pada minggu lalu. Menerusi perkongsian foto dan kapsyen yang dikemas kini dalam laman Instagramnya, Kim mengatakan dia tidak menyedari telah merakam imej tersebut sehingga melihat semula gambar yang dirakam baru-baru ini.
“Jadi saya ambil selfie pada minggu lalu. Saya bersendirian di rumah. Saya kini melihat semua galeri foto di telefon bimbit dan terkejut melihat ini. “Saya selfie tetapi ada bayangan wanita lain di tingkap,” tulis Kim seperti dilaporkan media tempatan. Melihat kepada foto yang dikongsikan, Kim dilihat merakamkan selfie dirinya tanpa calitan solekan dengan rambut diikat tinggi. Dia memakai baju berwarna merah jambu. Terlihat dengan jelas di dalam foto yang dirakamkan adalah bayang seperti imej seorang wanita juga dengan gaya mengikat rambut tetapi tangan seperti sedang bercakap di telefon. Perkongsian tersebut telah membuat ramai peminat meninggalkan komen termasuk menasihatkan mantan isteri Kanye West itu berhati-hati. Sumber: Gempak
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056622 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.