CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Brad Pitt Kejutkan Dunia Permotoran Tampil Di Grand Prix Britain Dengan Sut Lumba

10-7-2023 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 904| Komen: 8

Description: Penampilan Brad Pitt memakai sut lengkap pelumba di Litar Silverstone pada Ahad menjelang Grand Prix Britain, mengejutkan dunia sukan permotoran, lapor agensi berita Jerman (dpa).IGBintang Hollywood d ...
Penampilan Brad Pitt memakai sut lengkap pelumba di Litar Silverstone pada Ahad menjelang Grand Prix Britain, mengejutkan dunia sukan permotoran, lapor agensi berita Jerman (dpa).


IG

Bintang Hollywood dan seorang lagi pelakon filem itu, Damson Idris mengenakan sut perlumbaan putih dan hitam untuk mewakili pasukan fiksyen APXGP ketika mereka beramah mesra dengan pemandu F1 sebenar di grid litar di Northamptonshire untuk penggambaran filem dokumentari terbaharunya Formula 1 yang akan datang.

Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton bertindak sebagai penerbit bersama filem Apple yang belum diberikan tajuk dan dihasilkan dengan kerjasama F1, menyediakan projek itu akses khas kepada trek perlumbaan dan pemandu.


IG


Selepas turun ke trek di Silverstone, Pitt bercakap dengan penyampai Sky Sports dan bekas pemandu F1 Martin Brundle tentang pengalaman itu.

Pelakon berusia 59 tahun itu berkata: "Saya agak pening sekarang, saya perlu katakan."

"Agak baik berada di sini. Kami hanya bergelak ketawa, masa hidup saya."

Mengulas lanjut mengenai filem terbaharunya dalam temu bual itu, Pitt menjelaskan bahawa wataknya adalah pemandu F1 pada 1990-an tetapi berpindah ke perlumbaan dalam disiplin lain selepas terbabit nahas mengerikan.

Pitt berkata filem itu "sepatutnya tulen seperti yang kita boleh bayangkan" kerana mereka telah menggunakan khimat pakar F1 yang telah "mengendalikan perlumbaan seperti yang sebenar".

Pitt menunjukkan kemahirannya berlumba dengan jentera Formula Dua selama dua bulan - pertama di Litar Paul Ricard di Perancis dan kemudian di Silverstone.

Pengarah 'Top Gun: Maverick' Joseph Kosinski akan mengarahkan filem itu dan Hamilton akan menerbitkannya bersama Plan B Entertainment dan Jerry Bruckheimer Films.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 10-7-2023 09:49 PM
Kecut dh abam brad pitt
Quote KamikuP 11-7-2023 04:37 PM
Biarla aging gracefully jgn cucuk2 mcm Wak Jahit nnti hujung2 jadi rupa panda pencen yg mengidap buasir
Quote ina_na 11-7-2023 07:29 PM
KamikuP replied at 11-7-2023 04:37 PM
Biarla aging gracefully jgn cucuk2 mcm Wak Jahit nnti hujung2 jadi rupa panda pencen yg mengidap bua ...

Wak jahit bt mata dengan kulit2 muka jd tegang..hehehe
Quote delia3003 11-7-2023 07:54 PM
Edited by delia3003 at 11-7-2023 07:56 PM
helicornia replied at 10-7-2023 09:49 PM
Kecut dh abam brad pitt


This year dah 60 yo. Ok lah aging gracefully daripada muka cucuk, senyum pun keras kejung. Tapi harap boleh kurang kan kepam sket.
Quote kucingitam 12-7-2023 09:51 AM
masih hensem walaupun tua dah...
Quote beatgirlX 15-7-2023 07:31 PM
Dia ngam Tom Cruise sapa lg tua eh?
Quote delia3003 16-7-2023 12:13 AM
beatgirlX replied at 15-7-2023 07:31 PM
Dia ngam Tom Cruise sapa lg tua eh?

Tom Cruise tua setahun je
Quote anony-mous 18-7-2023 03:26 AM
delia3003 replied at 16-7-2023 12:13 AM
Tom Cruise tua setahun je

Tp tom nmpk jauh lebih hensem walupon pendek. Dari dlu lg i rasa tom hensem lg compare pakcik brad. Tp tom pendek n scientology. Brad tggi tp curang dgn jen aniston plak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.101287 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top