CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Chatbot Kahwinkan Pasangan Di Colorado

11-7-2023 02:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 226| Komen: 1

Washington: Program komputer kecerdasan buatan (AI), Chatbot mencipta sejarah apabila mengendalikan majlis perkahwinan di negeri Colorado, Amerika Syarikat bulan lalu, lapor portal berita New York Post semalam.  


Pasangan Reece Wiench dan Deyton Truitt meraikan perkahwinan mereka di sebuah gereja di  Morrison, Colorado dan mereka bersetuju menggunakan teknologi masa depan.


Mereka menggunakan Chatbot yang  dikuasakan oleh ChatGPT bagi menggantikan paderi dalam majlis perkahwinan.

“Terima kasih semua kerana menyertai kami untuk meraikan cinta dan perpaduan yang luar biasa, Reece Wiench dan Deyton Truitt,” kata chatbot itu pada majlis perkahwinan pasangan itu.

Wiench dan Truitt berkata, mereka merancang perkahwinan mereka dalam masa lima hari sahaja dan menjelaskan bahawa suaminya akan ditempatkan untuk bertugas oleh pihak tentera, manakala  Wiench mahu menyertainya selepas latihan asas.


Colorado tidak memerlukan pegawai perkahwinan berlesen untuk mengiktiraf majlis perkahwinan.

Sehubungan itu, bapa pengantin perempuan, Stephen Wiench, mempunyai idea untuk menggunakan chatbot yang lebih mudah dan lebih murah  dalam majlis perkahwinan anaknya.

Chatbot pada mulanya teragak-agak untuk menjalankan majlis itu, gurau portal berita yang juga stesen televisyen, CBS Colorado. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 11-7-2023 03:29 AM
Dah ke tidak kawen itu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.294653 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top