CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 1

Chatbot Kahwinkan Pasangan Di Colorado

[Copy link]
Post time 11-7-2023 02:28 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Program komputer kecerdasan buatan (AI), Chatbot mencipta sejarah apabila mengendalikan majlis perkahwinan di negeri Colorado, Amerika Syarikat bulan lalu, lapor portal berita New York Post semalam.  


Pasangan Reece Wiench dan Deyton Truitt meraikan perkahwinan mereka di sebuah gereja di  Morrison, Colorado dan mereka bersetuju menggunakan teknologi masa depan.






Mereka menggunakan Chatbot yang  dikuasakan oleh ChatGPT bagi menggantikan paderi dalam majlis perkahwinan.


“Terima kasih semua kerana menyertai kami untuk meraikan cinta dan perpaduan yang luar biasa, Reece Wiench dan Deyton Truitt,” kata chatbot itu pada majlis perkahwinan pasangan itu.


Wiench dan Truitt berkata, mereka merancang perkahwinan mereka dalam masa lima hari sahaja dan menjelaskan bahawa suaminya akan ditempatkan untuk bertugas oleh pihak tentera, manakala  Wiench mahu menyertainya selepas latihan asas.


Colorado tidak memerlukan pegawai perkahwinan berlesen untuk mengiktiraf majlis perkahwinan.


Sehubungan itu, bapa pengantin perempuan, Stephen Wiench, mempunyai idea untuk menggunakan chatbot yang lebih mudah dan lebih murah  dalam majlis perkahwinan anaknya.


Chatbot pada mulanya teragak-agak untuk menjalankan majlis itu, gurau portal berita yang juga stesen televisyen, CBS Colorado. – Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2023 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ke tidak kawen itu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.135951 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list