CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Bahrain Paling Kuat Makan

10-7-2023 07:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1902| Komen: 35

London: Satu kajian mendapati rakyat Bahrain mengambil purata lebih 4,000 kalori makanan sehari sekali gus negara dengan penduduk paling kuat makan di dunia, lapor portal berita MailOnline semalam.


Kajian itu dilakukan oleh platform maklumat  Universiti Oxford, OurWorldInData  yang mengumpul pengambilan kalori dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Berada di tempat kedua selepas Bahrain ialah Amerika Syarikat di mana rakyatnya mengambil kira-kira 3,868 kalori makanan sehari diikuti  Ireland di tempat ketiga dengan 3,850 kalori.

Belgium menduduki tangga keempat dengan  3,824 kalori diikuti Turkiye (3,762 kalori).

Daripada 184 negara yang dikaji, 173 daripadanya didapati mengambil lebih  2,000 kalori makanan sehari atau melebihi  kadar harian yang dicadangkan untuk kedua-dua jantina oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).


Namun, secara keseluruhan,  pengambilan kalori telah mencatatkan peningkatan sejak berdekad-dekad lalu, dipacu oleh kemunculan makanan segera, makanan sedia dimakan serta makanan proses yang mudah didapati.

Epidemik makan secara berlebihan juga turut dikaitkan dengan gejala kurang tidur  disebabkan oleh gaya hidup seharian, kehadiran berterusan cahaya elektrik serta tekanan hidup.

Kajian  sama selain itu menyenaraikan Republik Afrika Tengah sebagai negara yang paling kurang mengambil kalori iaitu purata 1,641 kalori untuk setiap orang sehari.

Ia diikuti  Burundi (1,696), Madagascar (1,770), Zimbabwe (1,853) dan Yemen (1,957) di tempat tercorot.

Sementara itu, penduduk Malaysia didapati mengambil purata   2,934 kalori sehari. – AGENSI 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fofuler 10-7-2023 08:47 PM
Dah mereka negara kaya, tak heran la kerja makan aje rakyatnya
Quote shamsadis 10-7-2023 08:52 PM
makan cukup sekali sehari, aku belajar makan sekali sehari selepas duduk di negara Arab sana lagipun, kita umat Islam dah biasa berpuasa
Quote BumpIQ 10-7-2023 08:58 PM
MESTI RAKYAT BARHAIN KUAT MELAHAP MACAM SI @Bipolajourney YANG KERJA MELAHAP ROTI CANAI DENGAN KARI AYAM HARI2 SAMPAI JADI GEMUK GUNDU

WAKAKAKAKA
Quote CiliPadiSedap 10-7-2023 09:06 PM
shamsadis replied at 10-7-2023 08:52 PM
makan cukup sekali sehari, aku belajar makan sekali sehari selepas duduk di negara Arab sana  l ...

confirm perut kurus takde buncit ni
Quote zuriey 10-7-2023 09:21 PM
Mujur negara ko tak de doc rapidah kalau tidak hari2 di hamun nya engkorang melantak mcm bapak gajah
Quote antikorok 10-7-2023 09:23 PM
Ummah tanah ayer dengan carta paling gumuk obes di ASEAN tersenyum sinisss
Quote Jitu 10-7-2023 09:42 PM
aku terpaksa melantak secara berlebihan
klu tak kurus sangat nnt
skrg ni pun sekejap je kurus lps kurang pengambilan kalori
dulu pakai seluar saiz 37 skrg ni saiz 34
dah longgar seluar nak kena beli lain pulak
Quote OshinDaSolja 10-7-2023 11:48 PM
negara arab ni kalo takdak minyak level2 Yemen jer.... Yemen tu adalah contoh terbaik negara arab yg original klau takde minyak...gitulah ghopernye... heran juga kenapa ummah tanah air ni kagum sgt dgn bangsa arab... padahal diorang ni paling kuat kekafirannya... rujuk Quran surah 9:97...( translator akan terjemah kepada arab badwi padahal dlam ayat tu tulis arab,,takde mention badwi pun) rujuk buku tulisan Aidid Safar bertajuk Mental Bondage
Quote Rogue98 11-7-2023 12:42 AM
Malaysia negara third world pun ramai yg obese...
Quote helicornia 11-7-2023 08:14 AM
Rogue98: Malaysia negara third world pu ...

Jadahnya Malaysia third world.ko ni indon caprut ke
Quote shamsadis 11-7-2023 08:17 AM
OshinDaSolja replied at 10-7-2023 11:48 PM
negara arab ni kalo takdak minyak level2 Yemen jer.... Yemen tu adalah contoh terbaik negara arab yg ...

Yemen ada minyak, negara tidak stabil, ramai warlord, jadi, penguasa minyak tak mahu masuk, kerana banyak gangguan
Quote plywood 11-7-2023 08:22 AM
orang malaysia yang dah gundu pun masih kalah. tak boleh bayang betapa gundunya orang bahrain....
Quote lurve82 11-7-2023 08:31 AM
Jitu replied at 10-7-2023 09:42 PM
aku terpaksa melantak secara berlebihan
klu tak kurus sangat nnt
skrg ni pun sekejap je kurus lps  ...

seluar saiz 34 kurus? ..tp ok la turun...
Quote lurve82 11-7-2023 08:32 AM
bahrain tu ramai obes ke?
Quote doubleharmonic 11-7-2023 08:42 AM
kat sana takde ponder timbang kilo produk kurus detox slimming untuk acik2 kepam badan gundu cam babi kerrr?
Quote OshinDaSolja 11-7-2023 02:50 PM
shamsadis replied at 11-7-2023 08:17 AM
Yemen ada minyak, negara tidak stabil, ramai warlord, jadi, penguasa minyak tak mahu masuk, kerana ...

I see,,ada minyak rupanya..thanks for the info...selama ni ingatkan Yemen ni takde minyak sebab tu negara dia serupa ittew... bnyk conflict dalaman rupanya...
Quote naina 11-7-2023 02:57 PM
OshinDaSolja replied at 10-7-2023 11:48 PM
negara arab ni kalo takdak minyak level2 Yemen jer.... Yemen tu adalah contoh terbaik negara arab yg ...

Duit Yaman tak laku noks
Laki aku ada berkeping2 duit Yaman
P try money changers haram nak laku
Dorang tak terima
Quote Jitu 11-7-2023 09:40 PM
lurve82 replied at 11-7-2023 08:31 AM
seluar saiz 34 kurus? ..tp ok la turun...

haah sis mmg sy kurus dah skrg banding dgn dulu pakai saiz 34
sy tak minat kurus mcm ni lebih suka bulky tp tak larat dah nak ambik kalori byk2

IMG_20230711_213514_752.JPG
ni contoh je bkn gambar sebenar
tp badan sy kurus mcm dlm gambar ni la
Quote Bipolajourney 11-7-2023 09:51 PM
American tersenyum sinis je

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.065258 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top