CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1793|Reply: 35

Rakyat Bahrain Paling Kuat Makan

[Copy link]
Post time 10-7-2023 07:26 PM | Show all posts |Read mode
London: Satu kajian mendapati rakyat Bahrain mengambil purata lebih 4,000 kalori makanan sehari sekali gus negara dengan penduduk paling kuat makan di dunia, lapor portal berita MailOnline semalam.


Kajian itu dilakukan oleh platform maklumat  Universiti Oxford, OurWorldInData  yang mengumpul pengambilan kalori dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).






Berada di tempat kedua selepas Bahrain ialah Amerika Syarikat di mana rakyatnya mengambil kira-kira 3,868 kalori makanan sehari diikuti  Ireland di tempat ketiga dengan 3,850 kalori.


Belgium menduduki tangga keempat dengan  3,824 kalori diikuti Turkiye (3,762 kalori).


Daripada 184 negara yang dikaji, 173 daripadanya didapati mengambil lebih  2,000 kalori makanan sehari atau melebihi  kadar harian yang dicadangkan untuk kedua-dua jantina oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).


Namun, secara keseluruhan,  pengambilan kalori telah mencatatkan peningkatan sejak berdekad-dekad lalu, dipacu oleh kemunculan makanan segera, makanan sedia dimakan serta makanan proses yang mudah didapati.


Epidemik makan secara berlebihan juga turut dikaitkan dengan gejala kurang tidur  disebabkan oleh gaya hidup seharian, kehadiran berterusan cahaya elektrik serta tekanan hidup.


Kajian  sama selain itu menyenaraikan Republik Afrika Tengah sebagai negara yang paling kurang mengambil kalori iaitu purata 1,641 kalori untuk setiap orang sehari.


Ia diikuti  Burundi (1,696), Madagascar (1,770), Zimbabwe (1,853) dan Yemen (1,957) di tempat tercorot.


Sementara itu, penduduk Malaysia didapati mengambil purata   2,934 kalori sehari. – AGENSI




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mereka negara kaya, tak heran la kerja makan aje rakyatnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 08:52 PM | Show all posts
makan cukup sekali sehari, aku belajar makan sekali sehari selepas duduk di negara Arab sana lagipun, kita umat Islam dah biasa berpuasa
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 08:58 PM | Show all posts
MESTI RAKYAT BARHAIN KUAT MELAHAP MACAM SI @Bipolajourney YANG KERJA MELAHAP ROTI CANAI DENGAN KARI AYAM HARI2 SAMPAI JADI GEMUK GUNDU

WAKAKAKAKA
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 09:06 PM | Show all posts
shamsadis replied at 10-7-2023 08:52 PM
makan cukup sekali sehari, aku belajar makan sekali sehari selepas duduk di negara Arab sana  l ...

confirm perut kurus takde buncit ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur negara ko tak de doc rapidah kalau tidak hari2 di hamun nya engkorang melantak mcm bapak gajah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2023 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah tanah ayer dengan carta paling gumuk obes di ASEAN tersenyum sinisss
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 09:42 PM | Show all posts
aku terpaksa melantak secara berlebihan
klu tak kurus sangat nnt
skrg ni pun sekejap je kurus lps kurang pengambilan kalori
dulu pakai seluar saiz 37 skrg ni saiz 34
dah longgar seluar nak kena beli lain pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
negara arab ni kalo takdak minyak level2 Yemen jer.... Yemen tu adalah contoh terbaik negara arab yg original klau takde minyak...gitulah ghopernye... heran juga kenapa ummah tanah air ni kagum sgt dgn bangsa arab... padahal diorang ni paling kuat kekafirannya... rujuk Quran surah 9:97...( translator akan terjemah kepada arab badwi padahal dlam ayat tu tulis arab,,takde mention badwi pun) rujuk buku tulisan Aidid Safar bertajuk Mental Bondage
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia negara third world pun ramai yg obese...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98: Malaysia negara third world pu ...

Jadahnya Malaysia third world.ko ni indon caprut ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 08:17 AM | Show all posts
OshinDaSolja replied at 10-7-2023 11:48 PM
negara arab ni kalo takdak minyak level2 Yemen jer.... Yemen tu adalah contoh terbaik negara arab yg ...

Yemen ada minyak, negara tidak stabil, ramai warlord, jadi, penguasa minyak tak mahu masuk, kerana banyak gangguan
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 08:22 AM | Show all posts
orang malaysia yang dah gundu pun masih kalah. tak boleh bayang betapa gundunya orang bahrain....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 08:31 AM | Show all posts
Jitu replied at 10-7-2023 09:42 PM
aku terpaksa melantak secara berlebihan
klu tak kurus sangat nnt
skrg ni pun sekejap je kurus lps  ...

seluar saiz 34 kurus? ..tp ok la turun...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 08:32 AM | Show all posts
bahrain tu ramai obes ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kat sana takde ponder timbang kilo produk kurus detox slimming untuk acik2 kepam badan gundu cam babi kerrr?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 11-7-2023 08:17 AM
Yemen ada minyak, negara tidak stabil, ramai warlord, jadi, penguasa minyak tak mahu masuk, kerana ...

I see,,ada minyak rupanya..thanks for the info...selama ni ingatkan Yemen ni takde minyak sebab tu negara dia serupa ittew... bnyk conflict dalaman rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja replied at 10-7-2023 11:48 PM
negara arab ni kalo takdak minyak level2 Yemen jer.... Yemen tu adalah contoh terbaik negara arab yg ...

Duit Yaman tak laku noks
Laki aku ada berkeping2 duit Yaman
P try money changers haram nak laku
Dorang tak terima
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 09:40 PM | Show all posts
lurve82 replied at 11-7-2023 08:31 AM
seluar saiz 34 kurus? ..tp ok la turun...

haah sis mmg sy kurus dah skrg banding dgn dulu pakai saiz 34
sy tak minat kurus mcm ni lebih suka bulky tp tak larat dah nak ambik kalori byk2


ni contoh je bkn gambar sebenar
tp badan sy kurus mcm dlm gambar ni la

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
American tersenyum sinis je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 1.005966 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list