Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun membawa diri ke hutan dipercayai akibat perselisihan faham dengan adik. Dalam kejadian di Kampung Dudar di Kota Belud pada Isnin, Aliesah Aslan dilaporkan melarikan diri semula ke hutan selepas pulang ke rumahnya pada jam 3.30 pagi hari sama.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung orang hilang di hutan kampung berkenaan. "Menurut maklumat awal, berlaku perselisihan faham antara kanak-kanak itu bersama adik perempuannya berusia 10 tahun pada Ahad. "Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak itu keluar dari rumah dan hanya balik ke rumahnya pada jam 3.30 pagi Isnin. "Bagaimanapun, kanak-kanak itu kemudian melarikan diri semula ke hutan setelah mendapati ahli keluarga lain berada di rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Muhammad Syazwan berkata, susulan laporan itu, seramai 13 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 42 kilometer dari BBP Kota Belud. "Pasukan bomba segera mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kanak-kanak itu dilaporkan hilang. "Operasi dilakukan pada radius kira-kira 500 meter dari rumah mangsa bersama agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung. "Tumpuan pencarian di lokasi yang terlindung di hutan, kawasan semak dan pemeriksaan juga dilakukan di kawasan rumah penduduk selain turut menggunakan unit dron untuk pemantauan dari udara, namun sehingga kini kami belum menemui kanak-kanak berkenaan," katanya. Katanya lagi, operasi pencarian akan ditangguhkan pada jam 6 petang sekiranya tiada sebarang penemuan dan akan disambung semula pada Selasa. Sumber: Sinar Harian
|
pocongkiutss replied at 10-7-2023 01:44 PM
Mesti mak bapak jenis tak adil .adik perangai nakharom pun disuruhnya mengalah .kakak juga yg salah. ...
ADVERTISEMENT