CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 744|Reply: 11

Budak Merajuk Lari Masuk Hutan Di Kota Belud Kerana Gaduh Dengan Adik

[Copy link]
Post time 10-7-2023 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun membawa diri ke hutan dipercayai akibat perselisihan faham dengan adik.


Dalam kejadian di Kampung Dudar di Kota Belud pada Isnin, Aliesah Aslan dilaporkan melarikan diri semula ke hutan selepas pulang ke rumahnya pada jam 3.30 pagi hari sama.




Operasi SAR kanak-kanak hilang di hutan dilakukan oleh pasukan bomba dan beberapa agensi lain serta penduduk kampung di Kampung Dudar Kota Belud.




Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung orang hilang di hutan kampung berkenaan.


"Menurut maklumat awal, berlaku perselisihan faham antara kanak-kanak itu bersama adik perempuannya berusia 10 tahun pada Ahad.


"Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak itu keluar dari rumah dan hanya balik ke rumahnya pada jam 3.30 pagi Isnin.


"Bagaimanapun, kanak-kanak itu kemudian melarikan diri semula ke hutan setelah mendapati ahli keluarga lain berada di rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Muhammad Syazwan berkata, susulan laporan itu, seramai 13 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 42 kilometer dari BBP Kota Belud.


"asukan bomba segera mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kanak-kanak itu dilaporkan hilang.


"Operasi dilakukan pada radius kira-kira 500 meter dari rumah mangsa bersama agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.


"Tumpuan pencarian di lokasi yang terlindung di hutan, kawasan semak dan pemeriksaan juga dilakukan di kawasan rumah penduduk selain turut menggunakan unit dron untuk pemantauan dari udara, namun sehingga kini kami belum menemui kanak-kanak berkenaan," katanya.


Katanya lagi, operasi pencarian akan ditangguhkan pada jam 6 petang sekiranya tiada sebarang penemuan dan akan disambung semula pada Selasa.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani yer ko dik pagi2 buta g hutan...
Aq y jamban nun jauh ke hujung dapur pn takot nk g....
Keberanian adk luar biase...
Mgkin adk bkn keseorangan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni jenis budak degil hati kering ni....berani betul budak perempuan ni lari masuk hutan....ya ampoon....degilnyaa....

harap bukan kena dera dgn mak ayah sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman dia...mana ada pernah baca mastika...dia takut apa....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 08:26 PM | Show all posts
Adik ni dah biasa dengan kawasan situ agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2023 09:35 PM | Show all posts
dia byk tgk survival skill kt youtube ni
silap2 dia buat banglo kt hutan

korg apa tau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2023 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mak bapak jenis tak adil .adik perangai nakharom pun disuruhnya mengalah .kakak juga yg salah..semuaa kena mengalah kat adik
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya hamponnnnn, 3.30am tu dekkk. Kau dah balik, kau boleh UTurn masuk hutan balik?
Akak umur 11 tahun, pukul 3.30am, akak ber air liur basi atas bantal kepam peta dunia, dik .
Koser akak nak merajuk jeruk lari hutan. Adik akak pun beza umur setahun je dik. Gaduh2 akak terajang je dik. Koser nak marathon masuk utan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2023 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang lari ni mesti yang idok disayangi mak pak.

Adik tu mesti lebih disayangi gitu. Har.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 10-7-2023 01:44 PM
Mesti mak bapak jenis tak adil .adik perangai nakharom pun disuruhnya mengalah .kakak juga yg salah. ...

Vaaaa ada yang sependapat
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 08:14 AM | Show all posts
x memasal menyusahkan bomba
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak yg disayangi mak bapak Itulah yg akan jadi biawak taw nnt peras ugut minta duit mak bapak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 1.153974 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list