CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Waktunya Lagi Untuk Berlumba Dengan Penyanyi Muda," – Siti Nurhaliza

10-7-2023 06:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3296| Komen: 43

Datuk Seri Siti Nurhaliza kata ini bukanlah waktu untuknya terus bersaing dengan bakat baharu yang hebat, sebaliknya mahu berkarya dengan terbaik.

Jiwa muzik sudah sebati dengan dirinya malah tetap akan memberi sokongan kepada industri muzik sekiranya tidak menyanyi kelak.


Foto: IG

“Selama lebih 25 tahun dalam industri, saya dah lalui banyak perkara dan kenangan suka duka. Saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi.

“Pada masa ini bukan waktunya lagi untuk berlumba-lumba bersama penyanyi-penyanyi muda sekarang, lebih kepada mengekalkan persembahan dan hasilkan lagu yang terbaik.

“Muzik ini sudah sebati dengan hidup saya, kalau saya tidak menyanyi lagi, saya akan terus beri sokongan kepada industri,” ujarnya kepada XTRA.


Dalam pada itu, Siti yang aktif dalam pertubuhan amal miliknya dan suami Datuk Khalid berasa senang apabila dapat menghulurkan bantuan kepada insan memerlukan.

“Saya juga ada perancangan dalam kerjaya saya. Selain itu, saya juga mahu dekat dengan masyarakat.


“Banyak konsert dan persembahan yang saya jayakan sebelum ini adalah berbentuk amal dan mengumpul dana di bawah yayasan saya dan suami iaitu Yayasan Nurjiwa.

“Perkara tersebut membuatkan saya puas dalam memberi semula kepada semua peminat yang menyokong saya dan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan,” jelas Siti lagi.


Untuk rekod, Yayasan Nurjiwa aktif dalam membantu insan yang memerlukan malah bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara seperti tertubuhnya Tadika Afwa Al Aafiyah di Gaza, Palestin. -CARI
Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-7-2023 07:41 PM
berkarya dengan lebih baik macam mana tu tokti...

cover album baru pakai topi rawatan sakit mental...

lagu pulak takde yang memoreable...

mv pun hauk kg dot com macam stuck di zaman 1990an...

tukar2 baju dalam 15 saat pun ingatkan rhoper macam sailormoon sekali rhoper macam van jenazah bertukar jadi lori sampah dbkl je pun... yihhhh...

chuolsss punya karya no doubt nyanyian chuols memang merdu dan disiplin yang tinggi... ramah dengan fans... itu iols puji...

cuma lain2 tu masih hauk... harap2 tukar la management dan taste kg dot com tu...

Quote sleepandream 10-7-2023 08:11 PM
skrg susah nak dapat lagu sedap2 noks... tokti yg dpt lagu dr mbak melly pun hado...
apatah lagi retis lain yg bajet rahmah utk keluar single 10 tahun sekali sajork..
kekdahnyer nyanyi jela lagu2 lama beri nafas baru...
pastu nanti boleh claim eksklusip dpt job dekat wedding2
Quote Afifi82 10-7-2023 08:12 PM
Mohon Tok Ti tukaq cadar kat tangga umah tu.. Opah2 sgt taste nya
Quote ashilalat 10-7-2023 10:45 PM
[youtube]20JqlbZjwho[/youtube]
Quote leen_shaza 10-7-2023 10:51 PM
dudaberhias replied at 10-7-2023 07:41 PM
berkarya dengan lebih baik macam mana tu tokti...

cover album baru pakai topi rawatan sakit mental. ...

Setuju sgt
Quote dudaberhias 10-7-2023 11:05 PM

sedapnya lagu ni kaka... kalah seluruh album kesitian yang pakai helmet untuk rawatan pesakit mental tu ahahahahaha....


Quote doubleA 11-7-2023 12:13 AM
Edited by doubleA at 11-7-2023 03:08 PM

Yelah umur pun bukan selamanya muda, harap matang seiring usia.

Edited lepas kena betulkan ok peace
Quote September14 11-7-2023 12:18 AM
Blumba tu idok tp klu ada pnnyi baru tgh up mula la nk bduet bagai.. pantang
Quote CatMiow 11-7-2023 12:48 AM
Teringat masa dia tengah hot bod gosip pun hot pasal dia dan arwah Sharifah Aini.

Zaman-zaman tu kat cari antara ayat hot c u en kot-, sampai cpu kena angkut.


Lamanya masa berlalu.
Quote hyie 11-7-2023 01:14 AM
sheols dah dalam liga sendiri, why bother? gituuu
Quote jejaka_hensem 11-7-2023 04:59 AM
sleepandream replied at 10-7-2023 08:11 PM
skrg susah nak dapat lagu sedap2 noks... tokti yg dpt lagu dr mbak melly pun hado...
apatah lagi ret ...

Kenapa bila artis dpt jemputan nyanyian di wedding2 retis lain atau rakyat marhein dianggap eksklusif eh?
Bagi iols,itu dah level2 ala2 retis kugiran dulu2 yg masuk kampung nyanyi2 kat rumah org kawin,cuma bezanya dibuat di hotel

Quote stingerpressor 11-7-2023 05:38 AM
jejaka_hensem replied at 11-7-2023 04:59 AM
Kenapa bila artis dpt jemputan nyanyian di wedding2 retis lain atau rakyat marhein dianggap eksklu ...

Perghhhh lama dah tak dengar istilah kugiran...

Caya ler...
Quote stingerpressor 11-7-2023 05:40 AM
September14 replied at 11-7-2023 12:18 AM
Blumba tu idok tp klu ada pnnyi baru tgh up mula la nk bduet bagai.. pantang

Kahkahkahkahkahkahkahkah

Wanting to stay relevan maaaaaa...with wats trending githewwwww
Quote drivethru 11-7-2023 07:49 AM
Aku peminat tokti sejak kemunculan dia. Dia mmg lawa masa tu. Comel molek sesangat. Sesiapa artis yg bermusuhan dgn dia, mengalahkan dia dlm apa2 anugerah, aku akan benci artis tu secara otomatik.
Tapi sejak akhir2 ni, kenapa wajah dia menakutkan. Aku mcm dah tak boleh tgk muka dia. Menyeramkan. Mmg dah xde seri/aura kat wajah dia.
Quote red_velvet 11-7-2023 08:16 AM
Afifi82 replied at 10-7-2023 08:12 PM
Mohon Tok Ti tukaq cadar kat tangga umah tu.. Opah2 sgt taste nya

Karpet kat tangga tu dari zaman atok K mude kot memang dah ada ...ct sekadar menikmati suasano
Quote tumpanglalu74 11-7-2023 08:21 AM
Edited by tumpanglalu74 at 11-7-2023 08:25 AM
dudaberhias replied at 10-7-2023 11:05 PM
sedapnya lagu ni kaka... kalah seluruh album kesitian yang pakai helmet untuk rawatan pesakit ment ...

Cam bunyi achi mabok je..

Lain la dulu:

[youtube]ZaO2NKts0eM[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=ZaO2NKts0eM
Quote melinda_kerr 11-7-2023 08:23 AM
suka layan lagu2 lama sheols jer... tk tahu dah lagu2 sheols yg baru ni.
Quote aammyy 11-7-2023 08:25 AM
Tak perlu berlumba dan tak perlu la buat album. Buat single pun dah cukup. Yg penting kualiti. Sekian
Quote pencintaABC 11-7-2023 08:45 AM
ashilalat replied at 10-7-2023 10:45 PM

Hauknya vocal nekning dlm lagu ni

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.095161 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top