CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Azhar Sulaiman Maklumkan Pahamin Rajab Akan Disemadikan Di Kota London "Selaras Dengan Hajatnya"

10-7-2023 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11384| Komen: 125

Datuk Pahamin Rajab yang maut akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London akan disemadikan di sebuah tanah perkuburan di negara terbabit.

Perkara itu dikongsi oleh cucu Bekas Pengerusi AirAsia Berhad itu , Kasih Iris Leona yang juga anak kepada Azhar Sulaiman menerusi satu hantaran InstaStorynya hari ini.


Foto: IG

Menurut hantaran yang dikongsi Leona itu juga, bagaimanapun lokasi dan tarikh pengkebumian akan dimaklumkan kemudian.

“Untuk makluman, Jenazah Allahyarham Pahamin Rajab akan disemadikan di Kota London selaras dengan hajat beliau untuk disemadikan di kota terakhir beliau meninggal dunia.


“Butiran berkenaan tempat dan masa pengebumian akan dimaklumkan secepat yang mungkin.

“Kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala ucapan takziah serta doa. Semoga Allah S.W.T merahmati kalian,”tulis hantaran dipercayai dari salah seorang ahli keluarga Pahamin.



Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan, Pahamin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London bagi menghadiri majlis konvokesyen cucunya, Rees Andika Pahamin.


Khabar duka itu dikongsikan sendiri menantunya yang juga pelakon, Azhar Sulaiman menerusi sebuah hantaran video dalam laman Instagram miliknya. -CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-7-2023 06:39 PM
alhamdulilah hajat dia tu memang semulia orang yang mati...
memudahkan urusan orang kebumi...

sebab ada certain orang tu tak nak di semadikan di tempat dia mati jadi agak leceh la kena bawak sana sini... kadang2 ada yang mati di johor lepastu kena kebumi di kelantan...

dah satu kerja nak kena bawak... tapi tu semua bergantung pada waris la nak ikut hajat si mati ke tidak...

semoga rohnya di cucuri rahmat...
Quote stingerpressor 10-7-2023 06:45 PM
dudaberhias replied at 10-7-2023 06:39 PM
alhamdulilah hajat dia tu memang semulia orang yang mati...
memudahkan urusan orang kebumi...


Anak jiran aku tanya....jika consideration utamanyer adaler utk disegerakheun pengkebumian tapi mengambil masa yg sama if jenazah were to be  flown back to malaysia.....isnt it contradictory?....put aside the logistic issues.....and his wishes....

Legit question?
Quote newyork 10-7-2023 07:25 PM
Bagus la.. london tu mmg mcm 2nd home depa dah ..ok lah tu..
Quote scarflicious 10-7-2023 07:31 PM
Maut?
Quote naina 10-7-2023 10:35 PM
Tak dikuburkan lagi ke?
Kalau bawa balik Malaysia pun Perlu jalani proses yang macam ostat tu cakap ke? Sebab boleh je upah jet peribadi untuk perjalanan lebih cepat. Bukan 24 jam body terus membusuk.
Quote nena9042 10-7-2023 10:37 PM
1 benda yang tarik perhatian aku ialah diorang takde sibuk nak guna title arwah
Sebab selalu jugak nampak walaupun orang dah meninggal, segala title diletak
Quote alesandra 10-7-2023 10:49 PM
Dah berapa hari meninggal ni? london ke kl ke patut segerakan.byk duit kan
Quote Delifrance 10-7-2023 11:11 PM
Edited by Delifrance at 11-7-2023 12:42 AM

Arwah meninggal sabtu kan. Kena register death dulu dptkan permit for burial apa bagai. Register Office sabtu ahad katup.  Once dah  dapat permit tu proses tu cepat je. Dr solat jenazah ke pengebumian- pantas dan teratur je. Semoga dipermudahkan
Quote KucingBiru 10-7-2023 11:30 PM
Ada kuliah agama iols pi.. dia sebut, "You will die the way you live".

Ikut kisah Tok Pok Leona meninggal ni betul betul cara dia hidup, living and dying on jetplane.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Moga rohnya bersama golongan yang beriman. Amin..
Quote nolya 11-7-2023 12:57 AM
stingerpressor: Anak jiran aku tanya....jika consideration utamanyer adaler utk disegerakheun pengkebumian tapi mengambil masa yg sama if jenazah were to be  flown ba ...


Islam sarankan utuk bersegera dlm 3 perkara berikut: Segeraka solat apb masuk waktu, menikahkan anak yg sudah baligh dn ada keinginan dn mengkebumikan jenanzah.  Seelok2nya, di mana seseorang itu meninggal, kebumikan di tempat itu sahaja. Jgn mempersulitkan orang hidup utuk menguruskan pegebumian jenazah, apa lagi jika meninggal di tempat/negara orang.  Seperti yg termaklum, jenazah yg mau dibawa pulag ke tanahair harus melalui proses yg berlapis2 dn tak semerta boleh diterbangkan pulang.  Itu saja sudah memakan waktu dn melambatkan proses pegebumian juga. Ini sangat tidak digalakkan kerana menangguhkan  pengebumian akan dianggap menyiksakan mayat sedangkan proses pereputan jasab tetap berlaku. Dgn yg demikian, maka dikebumikan ajelah di mana tempat dia meninggal. Kpd waris2 yg tinggal masih boleh menghantarka doa dari mana saja, yg penting doanya dikirim.

Quote apedehal 11-7-2023 01:45 AM
nolya replied at 11-7-2023 12:57 AM
Islam sarankan utuk bersegera dlm 3 perkara berikut: Segeraka solat apb masuk waktu, menikahkan an ...

Tqvm kaka nolya...selalu  dpt info bermanfaat dr chuols
Quote nolya 11-7-2023 09:41 AM
apedehal replied at 11-7-2023 01:45 AM
Tqvm kaka nolya...selalu  dpt info bermanfaat dr chuols

U're welcome my fried..... thanks.
Quote HoneyManjer 11-7-2023 09:48 AM
semoga dipermudahkan urusan jenazah
Quote stingerpressor 11-7-2023 09:53 AM
nolya replied at 11-7-2023 12:57 AM
Islam sarankan utuk bersegera dlm 3 perkara berikut: Segeraka solat apb masuk waktu, menikahkan an ...

Dah good 48 hrs jenazah masih dipembaringan probably tunggu saudara datang dari malaysia senelum dikebumikheunz?

You get puluhan to come over tak menyulitkheun keww? Dari jenazah satu yg diterbangkheun in about the same timing dan lebih ramai saydara mara yg boleh beri last respect considering ko org have have semasa hidup ko?

Islam tidak beri this flexibility?



Quote stingerpressor 11-7-2023 09:58 AM
alesandra replied at 10-7-2023 10:49 PM
Dah berapa hari meninggal ni? london ke kl ke patut segerakan.byk duit kan

Kalau konsep menyegerakheun pengkebumian digunapakai...apa hal nak terhegeh hegeh nak tunggu saudara mara sahabat handai teman taulan fly over dari malaysia? Lebih baik fly the body over to malaysia yg ambil masa yg sama kheunz?

Tak pamham aku...
Quote stingerpressor 11-7-2023 09:59 AM
Kita ada consulate di London pastinyer...takkheun ler bodoh bengap tak boleh nak minta mereka help to uruskheun sesegera mungkin pengkebumian?
Quote stingerpressor 11-7-2023 10:10 AM
Delifrance replied at 10-7-2023 11:11 PM
Arwah meninggal sabtu kan. Kena register death dulu dptkan permit for burial apa bagai. Register Off ...


Anak jiran aku yg 3 tahun bertanya.... ....org yg berinfluential besar  waktu hidup mereka...24/7, 7 days a week,...just pick up the phone ..bangunan, ceo dan segala tenaga kerja boleh berfungsi...tapi bila mati ...naper pulak nak kena tunggu hari senin ?

Bak kata chip penyamun "sorry ah...sabtu setengah hari....minggu public holiday...kalau nak menyamun...hari senin boleh ler..."

Heliooooo deli how are yus?

Quote Delifrance 11-7-2023 10:25 AM
stingerpressor replied at 11-7-2023 10:10 AM
Anak jiran aku yg 3 tahun bertanya.... ....org yg berinfluential besar  waktu hidup mereka...24/7, ...

Nak buat mcmn nak gitu process kat negara tu. Byk nau soklan anak jiran kau ni … ko suh la dia diam2 hapal sifir ke selawat tafrijiyah ke…

Kalau meninggal jumaat ptg pon tetap kena tunggu isnin utk dpt kan segala document. No document no permit, no permit no tanam la.. bahagian masing2 la tak kira la duit ko ada £14 juta atau £14. Eh tatau la kalau ada special treatment for vip/vvip. Sedara aku yg meninggal di london rakyat marhaen aje so ikut je la proses nya yg mcm gitu.

I am fine, thank you for asking.
Quote nolya 11-7-2023 10:29 AM
stingerpressor replied at 11-7-2023 09:53 AM
Dah good 48 hrs jenazah masih dipembaringan probably tunggu saudara datang dari malaysia senelum d ...

Apb matinya seseorang, ada dua cara yg wajib dn harus dilakukan. Wajib segera dikebumikan dan hanya harus, sekadar untuk mengucapkan 'selamat jalan' sambil memberi keakraban terakhir sebelum jenazah akan dihantar ke tanah perkuburan. Perkara begini wajar sekiranya ia tidak bertentangan dg hukum syarie dan tidak terlalu menyulitkan dn berlama2.

Kalau mati dlm negara tapi di negeri yg lain, umpamanya keluarga di Johor sedangkan arwah meninggal di Perlis atau Kelantan, jika waris masih maukan jenazah dikebumikan di tempat asal, mungkin tidak begitu kesulitan walaupun ada beberapa prosedur yg perlu diuruskan. Biayanya pun disanggupi.  Tapi bayangkan mati di negara luar, prosedur  mengeksport jenazah ke tempat asal bukan hal yg mudah dn tak semudah  didapatkan. Negara luar, masing2 ada prosedur mereka sendiri. Walaupun berduit, walaupu boleh sewa eksekutif jet utuk kirim jenazah, maka berapa lama jenazah terlantar di pembarigan. Dn sangat2 tidak dialu2kan drp hukum syarie, jenazah perlu dibalsam/diawetkan selama tempoh urusan selesai dn perjalanan jenazah terbang ke tanahair.

Dlm soal kematian, baru boleh kita unggulkan bahawasanya di mana2 pun bumi Allah. Di mana2 matipun, tetap masuk ke dlm tanah. Segala pahala dn dosa tetap diadili saksama, melainkan jika matiya di Tanah Haram, itu barangkali ada keistimewaan/keringanan drp Allah swt. BTW, seseorang yg mati di Tanah Haram, tak de le pulak nak ditangguh2, nak tunggu segala ahli waris datang memberi penghormatan terakhir kan?
Cepat je  jenazah diurus, dibawa ke masjid, disolati beramai2 dan seramai orang juga berebut2 menghantar jenazah ke perhentian terakhir.
Ahli2 waris, sahabat taulan dn rakan seperjuangan boleh kirimkan doa dari kejauhan.

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.204186 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top