Pelakon veteran Prono mendedahkan bayaran lakonan yang diterima sekarang masih di tahap sama seperti mana di awal kemunculannya 25 tahun lalu. Namun dia tidak pernah berasa dianiaya kerana menganggap besar atau kecil bayaran diterima adalah rezeki dari Allah.
Malah kata Prono, kehidupannya sebagai orang kampung juga tidak memerlukan perbelanjaan banyak asalkan cukup untuk menampung kehidupan seharian. "Soal bayaran dari dulu sampai sekarang lebih kurang saja walaupun sudah berpuluh tahun berlakon, memang macam itu sahaja. "Tapi saya tak kisah sebab saya ini orang kampung... bila penerbit atau pengarah panggil saya berlakon, berapa ditawarkan pun saya terima. "Sebab saya asal orang kampung, asal cukup makan, tak jadi masalah... kalau tiada tawaran berlakon biasanya saya akan lakukan kerja-kerja kampung untuk tampung kehidupan," katanya kepada mStar.
Terbaharu, Prono merupakan salah seorang pelakon filem Merewang Keluarga Pak Awang yang bakal ditayangkan di platform Astro First bermula 15 Julai 2023.-CARI Sumber: mStar
|
dudaberhias replied at 10-7-2023 06:44 PM
semangat macamni la patut di war2 kan...
nak buat macam mana memang bayaran industri hiburan malays ...
ADVERTISEMENT