View: 1105|Reply: 5
|
Bayaran Berlakon Sama Macam 25 Tahun Dulu, Prono Tak Kisah "Sebab Saya Ini Orang Kampung, Tak Perlukan Belanja Besar"
[Copy link]
|
|
Pelakon veteran Prono mendedahkan bayaran lakonan yang diterima sekarang masih di tahap sama seperti mana di awal kemunculannya 25 tahun lalu.
Namun dia tidak pernah berasa dianiaya kerana menganggap besar atau kecil bayaran diterima adalah rezeki dari Allah.
Malah kata Prono, kehidupannya sebagai orang kampung juga tidak memerlukan perbelanjaan banyak asalkan cukup untuk menampung kehidupan seharian.
 Foto: mStar
"Soal bayaran dari dulu sampai sekarang lebih kurang saja walaupun sudah berpuluh tahun berlakon, memang macam itu sahaja.
"Tapi saya tak kisah sebab saya ini orang kampung... bila penerbit atau pengarah panggil saya berlakon, berapa ditawarkan pun saya terima.
"Sebab saya asal orang kampung, asal cukup makan, tak jadi masalah... kalau tiada tawaran berlakon biasanya saya akan lakukan kerja-kerja kampung untuk tampung kehidupan," katanya kepada mStar.
Terbaharu, Prono merupakan salah seorang pelakon filem Merewang Keluarga Pak Awang yang bakal ditayangkan di platform Astro First bermula 15 Julai 2023.-CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
semangat macamni la patut di war2 kan...
nak buat macam mana memang bayaran industri hiburan malaysia ni rendah... dah la tak laku... tak habis2 kalau buat drama pun ambik pelakon pompuan cantik tapi hero sehodoh makhluk yang boleh sampai kucing kurap oyen dan syukri kazim elias tu pun tergamak bagi jadi hero setiap drama...
choiiii... baik kalih ke channel animal planet... lagi berair tengok nelayan tangkap2 ikan puas...
 |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 10-7-2023 06:44 PM
semangat macamni la patut di war2 kan...
nak buat macam mana memang bayaran industri hiburan malays ...
Tapi masih ramai lagi yang berebut2 nak jadik pelakon. Macam mana tu  |
|
|
|
|
|
|
|
Paling ingt dia ni dlm senario the movie dulu..nama sy prono mcm dah lama gak x nmpk dia
Bagus pakcik ni kalo xde offer buat keje2 kampung je.nampak jugak usaha nak cari rezeki lain tu selain belakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan pelakon porno mana la pulak tadi. Nama dia prono rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
EncikRhoma replied at 10-7-2023 07:31 PM
Ingatkan pelakon porno mana la pulak tadi. Nama dia prono rupanya
Amboi encik Rohma ni...ke situ pulak peginya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|