CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurutera Rugi RM11,530 Ditipu Pembelian Tiket Konsert Taylor Swift Di Carousell

10-7-2023 04:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 596| Komen: 5

Kuching: Hasrat seorang jurutera di sini untuk menyaksikan konsert Taylor Swift tidak kesampaian apabila tiket yang dibelinya rupa-rupanya dijual sindiket penipuan, menyebabkannya rugi RM11,530.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pada 6 Julai lalu, lelaki 50-an itu telah melihat iklan penjualan tiket konsert penyanyi antarabangsa berkenaan di laman Carousell.


"Mangsa yang berminat ingin membuat pembelian tiga tiket berjumlah RM11,530 dan kemudian membuat pembayaran di sebuah bank di bandar raya Kuching dengan memasukkan tiga kali transaksi pembayaran kepada akaun bank yang diberikan suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata setelah transaksi pembayaran dilakukan, suspek terus tidak dapat dihubungi dan mangsa yang menyedari dirinya ditipu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.


Sumber: BH Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 11-7-2023 01:46 PM
dia nk tgk konsert kat mana tu? kat msia ada ke? kolej taylor ada la
Quote Kitty_catz 11-7-2023 01:53 PM
biras meols hutong wehh.. 4 adik beradik dapat tix uiii.. very2 lucky!

naseb kampung kat SG so no need book otel bagai
Quote kitaserupaaa 11-7-2023 01:57 PM
Pernah kene tipu gak beli barang kat carousell. Seller pun nampak macam budak baru abis spm dok pulak luar KL. Sib baik rm50 je so aku halalkan je la. Dia scam aku rm50, maybe dia rugi rm50 somewhere. Allah itu Maha Adil
Quote supernaturalee 11-7-2023 02:25 PM
"lelaki 50-an itu telah melihat iklan penjualan tiket konsert penyanyi antarabangsa berkenaan di laman Carousell."

husnuzon heols beli utk anak/ank buah
but of course...nothing's wrong for a 50+ year old man utk beli dan pegi tgk konsert artis spt taylor swift



Quote Decaffeinated 11-7-2023 08:40 PM
Pelik la sampai kena pergi bank nak bayar.


Carousell ni bukan macam Shopee or Lazada eh?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.056587 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top