View: 596|Reply: 5
|
Jurutera Rugi RM11,530 Ditipu Pembelian Tiket Konsert Taylor Swift Di Carousell
[Copy link]
|
|
Kuching: Hasrat seorang jurutera di sini untuk menyaksikan konsert Taylor Swift tidak kesampaian apabila tiket yang dibelinya rupa-rupanya dijual sindiket penipuan, menyebabkannya rugi RM11,530.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata pada 6 Julai lalu, lelaki 50-an itu telah melihat iklan penjualan tiket konsert penyanyi antarabangsa berkenaan di laman Carousell.
"Mangsa yang berminat ingin membuat pembelian tiga tiket berjumlah RM11,530 dan kemudian membuat pembayaran di sebuah bank di bandar raya Kuching dengan memasukkan tiga kali transaksi pembayaran kepada akaun bank yang diberikan suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata setelah transaksi pembayaran dilakukan, suspek terus tidak dapat dihubungi dan mangsa yang menyedari dirinya ditipu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
dia nk tgk konsert kat mana tu? kat msia ada ke? kolej taylor ada la |
|
|
|
|
|
|
|
biras meols hutong wehh.. 4 adik beradik dapat tix uiii.. very2 lucky!
naseb kampung kat SG so no need book otel bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah kene tipu gak beli barang kat carousell. Seller pun nampak macam budak baru abis spm dok pulak luar KL. Sib baik rm50 je so aku halalkan je la. Dia scam aku rm50, maybe dia rugi rm50 somewhere. Allah itu Maha Adil |
|
|
|
|
|
|
|
"lelaki 50-an itu telah melihat iklan penjualan tiket konsert penyanyi antarabangsa berkenaan di laman Carousell."
husnuzon heols beli utk anak/ank buah
but of course...nothing's wrong for a 50+ year old man utk beli dan pegi tgk konsert artis spt taylor swift
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik la sampai kena pergi bank nak bayar.
Carousell ni bukan macam Shopee or Lazada eh?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|