CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6072|Reply: 0

[Tempatan] PM lancar Wakaf MARA MADANI bantu martabatkan agenda Melayu, Bumiputera

[Copy link]
Post time 15-3-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

hmetro.com.my
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
Mac 15, 2025



Anwar melakukan gimik pada Majlis Peluncuran Wakaf MARA MADANI bersama Ahmad Zahid (dua kiri) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Wakaf MARA MADANI, sebahagian inisiatif direncana bagi memartabat agenda Melayu dan Bumiputera.

Perdana Menteri berkata, inisiatif seumpama ini akan mengangkat kekuatan ekonomi Melayu dan Bumiputera, disamping berupaya memberikan kedudukan yang lebih lumayan pada masa depan.


"Dengan kepercayaan bahawa kita kerja sebagai satu pasukan yang kecil-kecil ini akan menjadi kekuatan. Ini bukan satu dalih nak kurangkan dana kerajaan.

"Wakaf MARA MADANI ini menunjukkan bahawa kita dah sampai ke tahap bukan sahaja kita menerima peluang dan peruntukan, kini masa kita menunjukkan kita adalah bangsa yang bermaruah, boleh menentukan masa depan kita," katanya

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Wakaf MARA sempena sambutan Hari MARA ke-59 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan kerajaannya komited untuk meletakkan agenda membangun Bumiputera sebagai dasar utama kerajaan.

"Dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (tahun lalu), saya sebut ada beberapa langkah yang ketara yang dilakukan. Dasar kita, dasar pro rakyat. Dasar kita tidak meminggirkan rakyat.


"Dasar tidak membiarkan seorang pun warga negara tidak kira kaum dan wilayah. Dasar yang tidak mengizinkan penganiayaan. Dasar yang memberi keadilan kepada semua. Tapi dasar kita dalam mempertahankan kedudukan Bumiputera tidak pernah kita berganjak," katanya.

Sebab itu kata Anwar yang juga Menteri Kewangan, beberapa pendekatan sudah pun dilaksana bagi memenuhi matlamat itu termasuk menjadikan kawasan paling berharga di Kuala Lumpur iaitu Bandar Malaysia seluas 50 ekar sebagai rizab Melayu.

"Lapangan Terbang Subang masih dijadikan program baharu yang akan pertahankan sebahagian besar kepentingan Bumiputera. Bangunan Sultan Abdul Samad sehingga Carcosa Negara diisytihar sebagai warisan negara yang akan pertahan sejarahnya," katanya.

Dalam ucapan sama, Anwar turut memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya mengelak mengumpul kekayaan dengan menggunakan 'nama' Melayu dan Bumiputera.

"Jangan guna nama Melayu bagi memunggah kekayaan untuk peribadi, jangan guna peluang atas nama Bumiputera untuk mengkhianati amanah.

"Kita akan lawan dan perang kumpulan ini, berapa banyak dana Bumiputera yang lebur kerana isu tatakelola tidak diurus (dengan telus), kita cakap soal AI (kecerdasan buatan) tetapi prinsipnya soal akhlak," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.503692 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list