|
Lily Rose Depp tidak mempunyai masalah melakukan adegan ‘panas’ termasuk berbogel di hadapan kamera demi menjayakan watak dibawanya. Pelakon berusia 24 tahun itu mengakui berbogel di hadapan kamera bukanlah suatu hal yang sukar untuk dilakukan kerana sebelum ini, dia pernah tampil dengan imej begitu dalam siri The Idol.
“Bagi saya, lakonan adalah pekerjaan yang menuntut saya untuk berkorban melakukan apa sahaja, termasuk melakukan adegan panas,” katanya kepada Vogue Australia. Pada masa sama, anak kepada pelakon, Johnny Depp itu juga tidak kisah jika dirinya dikecam penonton kerana percaya itulah tugasnya sebagai seorang pelakon. “Saya tahu tidak semua boleh menerima keterbukaan saya ini. Tapi saya rasa itu adalah suatu seni yang harus dihayati,” katanya. Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.237114 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.