David Beckham mendedahkan masih menyimpan tiket tren London Underground milik isterinya, Victoria Beckham ketika mereka pertama kali bertemu 24 tahun lalu. Bintang bola sepak terkenal berusia 48 tahun itu berkata, dia menyimpan tiket berkenaan kerana Victoria pernah menulis nombor telefonnya di atas tiket berkenaan dan ia mempunyai memori tersendiri buat mereka.
Dedah David, dia bertemu dengan Victoria sebelum perlawanan bola sepak Manchaster United pada 1997 dan mereka berbual hampir satu jam di ruang menunggu pemain. "Sejam kami berbual dan sebelum dia pulang, Victoria menulis nombor telefonnya pada tiket tren miliknya yang saya simpan sehingga ke hari ini. "Detik itulah kami mula berkenalan dan 24 tahun kemudian, kami sudah memiliki empat orang anak," katanya. Dalam pada itu, David berkata, terlalu banyak perkara luar biasa tentang Victoria yang sukar dijelaskan membuatkan dia terpaut hati dengan anggota kumpulan Spice Girls itu.
"Saya tak mampu nak sebut satu perkara istimewa tentang Victoria kerana dia mempunyai pakej keseluruhan, saya terus jatuh cinta padanya," katanya. Untuk rekod, David dan Victoria mendirikan rumah tangga pada Julai 1999 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, 24, Romeo, 21, Cruz, 18 dan Harper, 12. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT