CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Biadab Campak Duit Pada Rider, Geli Terkena Tangan Basah

10-7-2023 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 833| Komen: 9

PETALING JAYA – Seorang rider dikenali sebagai Mohd. Yusmadi, dirinya terkilan apabila mendapat seorang pelanggan yang biadab.

Menurutnya, pelanggan tersebut hanya mencampakkan wang di atas tiang bagi mengelakkan tangannya basah sehingga wang itu jatuh di tiup angin.


“Semalam hantar barang dalam hujan lebat pakai raincoat (baju hujan) pun basah lencun luar dalam. Memang ada orang pandang rider ni jijik, kita hantar barang dia dalam hujan lebat ni.

“Nak bayar duit lempar atas tiang sahaja sebab tak nak terkena tangan kita yang basah ini,” luahnya.

Foto: FB

Tambah rider tersebut, dia terpaksa mengutip wang tersebut kerana duit itu akan digunakan untuk membeli lauk dan makanan kepada keluarganya.

“Kenang muka anak-anak, nak beli lauk kat pasar esok. Abah mereka ni rendahkan harga diri kutip juga duit yang ditiup angin jatuh ke lantai,”ujarnya sedih.


Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa marah dan kecewa dengan sikap pelanggan yang tidak menghargai jasa rider yang bersusah payah menghantar barangan walaupun ketika hujan lebat.

“Kurang ajar punya manusia, buat encik rider, semoga anda dimurahkan, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya,” tulis Eyza Alieyza

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nurul Huda M Nor.

“Sampainya hati, bertabahlah abam-abam rider,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 10-7-2023 02:00 PM
Musti anak dara orang yang campak duit tu kan?  Ce kalo opah2 ke musti ko tak kuchiwa..  Ucap syukor lagi takyah terpegang tangan ongtua tu.

Asek2 cerite abam rider tersakiti je pon.  Next!
Quote pisanggoreng 10-7-2023 02:21 PM
Tambah rider tersebut, dia terpaksa mengutip wang tersebut tapi sebelum tu sempat la snap 2 3 gambar dalam hujan kerana duit itu akan digunakan untuk membeli lauk dan makanan kepada keluarganya.
Quote Thunderclouds 10-7-2023 02:31 PM
Dlm ujan lebat sempat lg snap² gmbaq.
Quote xtahumenahu 10-7-2023 02:40 PM
husnuzon..dia bukan geli...dia pon nak elak hujan...cuma bijak sgt x hempap apa2 duit tu..
Quote brego 10-7-2023 03:01 PM
cerita betul ke hasanah?

skang ni ramai jilake lapar buat content
semua nak glemer
Quote salimrock 10-7-2023 03:41 PM
brego replied at 10-7-2023 03:01 PM
cerita betul ke hasanah?

skang ni ramai jilake lapar buat content

cerita hasanah ni,
ada masa lagi nak keluar henfon tangan basah2 snap gambar duit,

ke duit yg nak di bayar tu terbang di tiup angin...

jgn percaya 100%
Quote Decaffeinated 10-7-2023 04:40 PM
memang ada pelanggan celaka macam rider gak

celah mana yang peliknya?

nak nangis2 cari kerja lain gitu aku nasihat

Quote Kurex 10-7-2023 04:46 PM
Ntah2 pelanggan tu baru nak hulur, kau tak sempat nak sambut, dah terbang duit tu
Quote Samerosie 10-7-2023 04:54 PM
Kalau customer pay cash for the food, bukan rider kena bayar balik ke cafe tu ke? Sebab sini dia kata duit tu tuk beli lauk anak bini dia..tak faham.  Bukan derang dpt gaji monthly ke excluding tips?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033203 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top