View: 863|Reply: 9
|
Pelanggan Biadab Campak Duit Pada Rider, Geli Terkena Tangan Basah
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang rider dikenali sebagai Mohd. Yusmadi, dirinya terkilan apabila mendapat seorang pelanggan yang biadab.
Menurutnya, pelanggan tersebut hanya mencampakkan wang di atas tiang bagi mengelakkan tangannya basah sehingga wang itu jatuh di tiup angin.
“Semalam hantar barang dalam hujan lebat pakai raincoat (baju hujan) pun basah lencun luar dalam. Memang ada orang pandang rider ni jijik, kita hantar barang dia dalam hujan lebat ni.
“Nak bayar duit lempar atas tiang sahaja sebab tak nak terkena tangan kita yang basah ini,” luahnya.
 Foto: FB
Tambah rider tersebut, dia terpaksa mengutip wang tersebut kerana duit itu akan digunakan untuk membeli lauk dan makanan kepada keluarganya.
“Kenang muka anak-anak, nak beli lauk kat pasar esok. Abah mereka ni rendahkan harga diri kutip juga duit yang ditiup angin jatuh ke lantai,”ujarnya sedih.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meluahkan rasa marah dan kecewa dengan sikap pelanggan yang tidak menghargai jasa rider yang bersusah payah menghantar barangan walaupun ketika hujan lebat.
“Kurang ajar punya manusia, buat encik rider, semoga anda dimurahkan, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya,” tulis Eyza Alieyza
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nurul Huda M Nor.
“Sampainya hati, bertabahlah abam-abam rider,” katanya.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh
Musti anak dara orang yang campak duit tu kan? Ce kalo opah2 ke musti ko tak kuchiwa.. Ucap syukor lagi takyah terpegang tangan ongtua tu.
Asek2 cerite abam rider tersakiti je pon. Next! 
|
|
|
|
|
|
|
|
Tambah rider tersebut, dia terpaksa mengutip wang tersebut tapi sebelum tu sempat la snap 2 3 gambar dalam hujan kerana duit itu akan digunakan untuk membeli lauk dan makanan kepada keluarganya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm ujan lebat sempat lg snap² gmbaq. |
|
|
|
|
|
|
|
husnuzon..dia bukan geli...dia pon nak elak hujan...cuma bijak sgt x hempap apa2 duit tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita betul ke hasanah?
skang ni ramai jilake lapar buat content
semua nak glemer |
|
|
|
|
|
|
|
cerita hasanah ni,
ada masa lagi nak keluar henfon tangan basah2 snap gambar duit,
ke duit yg nak di bayar tu terbang di tiup angin...
jgn percaya 100%
|
|
|
|
|
|
|
|
memang ada pelanggan celaka macam rider gak
celah mana yang peliknya?
nak nangis2 cari kerja lain gitu aku nasihat
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 pelanggan tu baru nak hulur, kau tak sempat nak sambut, dah terbang duit tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau customer pay cash for the food, bukan rider kena bayar balik ke cafe tu ke? Sebab sini dia kata duit tu tuk beli lauk anak bini dia..tak faham. Bukan derang dpt gaji monthly ke excluding tips? |
|
|
|
|
|
|
| |
|