CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Maut Patah Leher Sebab Cabaran TikTok Lompat Dari Bot Bergerak

10-7-2023 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1213| Komen: 13

Satu lagi cabaran TikTok membawa maut, apabila empat individu di Alabama, Amerika Syarikat maut selepas melompat dari belakang bot bergerak.

Cabaran TikTok membuatkan orang ramai melompat dari belakang bot berkelajuan tinggi, dengan menggunakan kaki dahulu.



TikTok

Ada yang melompat ke laut atau tasik, manakala yang lain melakukan aksi backflip.

Skuad Penyelamat Childersburg di Alabama, Kapten Jim Dennis mengesahkan kematian serta-merta empat mangsa terbabit selepas mereka patah leher.

"(Dalam) enam bulan lalu, kami menerima empat kes lemas yang sepatutnya boleh dielakkan kerana mereka melakukan itu akibat pengaruh cabaran TikTok.

"Dalam kes itu empat mangsa ini melompat dari bot menyebabkan mereka patah leher dan kematian serta-merta.

"Saya rasa orang ramai lebih cenderung melakukan sesuatu yang bodoh kerana mereka mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan mereka untuk dimuat turun dalam media sosial," katanya kepada agensi berita di bawah ABC News, WPDE-TV.


Dennis berkata, Februari lalu seorang lelaki yang mempunyai isteri dan tiga anak, meninggal dunia dalam insiden berhubung perkara serupa.

Katanya, ketika kejadian, isteri sedang merakam lelaki itu meluncurkan dirinya dari belakang bot.

WPDE-TV melaporkan, insiden terbaharu berlaku pada Mei lalu turut membabitkan seorang lelaki pertengahan umur.

Dua lagi yang meninggal dunia ketika melakukan cabaran TikTok juga adalah lelaki, lapor agensi itu.


SUmber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 10-7-2023 12:46 PM
TikToker memang aneh².
Quote airfilterkotor 10-7-2023 12:54 PM
Memang patut la kena cerca dengan Joey B Toonz.
Quote Simunggu 10-7-2023 12:57 PM
kalau berani lompat dari kerbau sedang berlari atas jalanraya
Quote esbok 10-7-2023 01:06 PM
adik2 tu penting nya sains edukesyen
Quote tripleid 10-7-2023 01:06 PM
and Darwin Awards goes to...
Quote grouper 10-7-2023 01:08 PM
Org msia yg kuat men TikTok pun x buat trend2 bodoh ni..maksudnya rakyat Amerika ni byk bodoh2 la dari org msia
Quote Kitty_catz 10-7-2023 01:16 PM
helok la.. kurang sket umah2 tiktokers bagai ni

semakkk bumi uiiii
Quote _kelly 10-7-2023 01:46 PM
tahniah
Quote tikusmontok 10-7-2023 01:52 PM
Edisi cash
Quote KamikuP 10-7-2023 02:36 PM
Bagus mohon ada yg mati lagi buat aksi tiktok bodoe ini
Quote JunkMail 10-7-2023 02:37 PM
Good riddance
Quote Sazreena 10-7-2023 04:46 PM
Kuranglah sikit mahlop bodoh abadi kat bumi ni..
Quote aint 10-7-2023 04:48 PM
bagus la cabaran TikTok ni... kurang la manusia2 bodoh dlm dunia ni...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.149438 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top