Namanya mungkin masih belum cukup terkenal dalam industri seni tanah air, namun siapa sangka, penyanyi Puteri Khareeza berjaya membolosi kelompok Top 5 menerusi kategori BBNU Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.
Pemilik nama Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, 25, itu berkata, lebih mengejutkan apabila dapat duduk sebaris dengan nama popular seperti Anna Jobling, Qasrina Karim, Siti Khadijah Halim dan Sophia Albarakbah. "Tengok nama tersenarai dalam kelompok Top 20 pun saya sudah terkejut, Banyak nama rakan artis yang hebat, jadi saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk bolos Top 5. "Namun, disebabkan kali pertama dicalonkan, saya teruja memuat naik hantaran dalam laman sosial memberi galakan untuk orang ramai mengundi. "Alhamdulillah, ketika sedang giat berlatih untuk program realiti, Big Stage 2023, saya menerima khabar baik layak ke Top 5 bagi kategori BBNU Wanita Popular bersaing dengan Anna dan nama lain.
"Sebenarnya, saya sudah jangka Anna layak kerana melihat kekuatan peminatnya. Saya gembira berjaya duduk sebaris dengan Anna yang popular dan berbakat. "Selain Anna, Siti Khadijah dan Sophia juga rakan saya. Kami pernah berlakon bersama," katanya kepada BH Online.
|
dudaberhias replied at 8-7-2023 08:35 PM
who is yuhhhh...
nauzubillah min zalik ko sape nyah...
diamondhoney replied at 8-7-2023 08:46 PM
Ehh sheols kan join Big stage.. Mcm mana chuols boleh kenal meer nash tapi bukan sheols???
dudaberhias replied at 8-7-2023 08:51 PM
lah sheols join big stage ke kaka?
big stage ni sejujurnya iols tengok gitu2 je untuk musim kalin ...
ADVERTISEMENT