Bagaimanapun, Puteri Khareeza tidak menafikan dirinya juga mempunyai kelompok peminat yang kuat.
"Dalam masa sama, saya berterima kasih kepada program Big Stage 2023. Sebelum ini, ramai yang tidak tahu saya berlakon.
"Dengan adanya program realiti selama 10 minggu ini, orang dapat tengok saya, jadi secara perlahan-lahan nama mula dikenali.
"Namun, harapan saya bukan sekadar dikenali dalam program realiti ini, tetapi saya berharap mendapat sokongan sebagai pelakon dan penyanyi, lebih lagi, dengan pencalonan dalam ABPBH 35," kata pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada ini.
Sementara itu, Puteri Khareeza turut berkongsi debaran apabila bakal beraksi di pentas akhir program realiti itu, malam esok.
"Jujurnya, dalam berdebar, saya juga teruja memberikan persembahan terbaik di pentas akhir. Saya sebenarnya tidak sangka boleh sampai ke tahap ini. Sebabnya, saya melihat peserta hebat-hebat dalam program Big Stage.
"Jadi, saya buat apa sahaja yang mampu, Alhamdulillah melepasi garisan akhir. Kalau ikutkan, saya tak yakin mampu ke pentas akhir, tetapi bila sudah sampai, saya akan cuba sehabis baik," katanya yang akan menyampaikan dua lagu.
Dalam perkembangan lain, peserta program realiti, Lagu Cinta Kita (LCK) musim ketiga itu merancang kembali berlakon selepas tamat program Big Stage 2023, selain berhasrat untuk menghasilkan single seterusnya.
Sumber: BH Online