CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tak Jangka Mummy Akan Pergi Secepat Ini' - Bila

8-7-2023 06:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2347| Komen: 8

Kuala Lumpur: "Saya tidak jangka 'mummy' (ibu) akan pergi secepat ini kerana saya yang menjaganya ketika arwah berulang alik keluar masuk hospital," kata penyanyi Bila atau Nur Najmi Nabila, 27. 


Bila berkata demikian selepas ibunya, Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Ampang jam 2.10 petang semalam.

Menurut pemenang tempat ketiga program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 ini, hubungan dengan arwah ibunya juga sangat rapat.


"Maklumlah, saya anak yang masih bujang dan banyak masa bersama arwah kerana  kakak dan adik lelaki sudah berkeluarga.

"Saya juga bersyukur kerana dapat menjaga mummy hingga pada saat akhirnya," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya pesanan akhir arwah ibunya, kata Bila yang juga anak kepada pemain gitar bass kumpulan Wings iaitu Eddie atau Samsaidi Ulong Idris, 55, arwah beritahu dia merindui anak-anak dan cucunya.


"Arwah 'mummy' beritahu dia rindu kepada anak-anak dan cucunya ketika saya bertemunya di hospital dua hari lalu.

"Jika nak diikutkan, arwah 'mummy' memang sudah lama sakit dan doktor juga sudah beritahu kami untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk," katanya.

Bercerita kenangan bersama arwah, kata Bila, arwah ibu adalah peminat nombor satunya.

"Arwah 'mummy' sentiasa menemani saya buat persembahan sebelum ini. 

"Arwah akan minta saya tambah lagi lagu yang disampaikan ketika saya jayakan mana-mana persembahan.

"Kalau saya sedih atau ada masalah, arwah 'mummy' sentiasa beri semangat untuk saya tidak putus asa dalam meneruskan karier nyanyian," katanya.

Jenazah Norlela dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini, jam 8.30 malam semalam.


Sumber: Harian Metro

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 8-7-2023 07:06 PM
Sakit buah pingganh ni antara sakit yg bt life jad xbest trs. Nk mkn mnum semua xblh bedal. Sampai satu masa akan jad kronik
Quote kechikchomel 8-7-2023 07:20 PM
lazim replied at 8-7-2023 07:06 PM
Sakit buah pingganh ni antara sakit yg bt life jad xbest trs. Nk mkn mnum semua xblh bedal. Sampai s ...

Ada 2 orang yg iolss kenal sakit buah pinggang. Sorang jiran iolss. Lama dah sakit tu. Lagi sorg pakcik iolss. Yg ni baru tau tahun lepas. Tau² je dah lvl 3 ke 4 ntah.
Dedua ni kena dialisis seminggu berapa kali ntah. Tak leh miss. Yg jiran iolss ni, hari Sabtu anak dia nak nikah kat kg, hari Jumaat lepas dialisis tu baru balik. Yg pakcik iolss lak nampak la kurus lepas awal² dialisis tu. Masa Raya Haji haritu iolss jumpa dia, nampak berisi la sikit.

Tapi dedua ni rokok tu tetap ye!

Quote lazim 8-7-2023 07:31 PM
kechikchomel replied at 8-7-2023 07:20 PM
Ada 2 orang yg iolss kenal sakit buah pinggang. Sorang jiran iolss. Lama dah sakit tu. Lagi sorg p ...

Dulu kedai bapak iols sebelah pusat dialisis. Abg iols kamceng la dgn pesakit2 tu. Dia kata mcm sedih jgk la kejap acik ni ninggal. Kejap yg ni plakk ninggal, mcm persahabatan yg temporary. Klu dah start urat tgn xleh guna tebuk kat leher plk tu dh teruk senang kena jangkitan. Tapi semua sama je ketegaq mkn xpantang. Smpaikan bos dialisis tu give up dia kata xpela dh tegur xdgr.. klu ninggal aku gi ziarah je la .
Quote makita 8-7-2023 07:43 PM
lazim replied at 8-7-2023 07:06 PM
Sakit buah pingganh ni antara sakit yg bt life jad xbest trs. Nk mkn mnum semua xblh bedal. Sampai s ...

Betul chuols tulis. Meols kenal la 2 org yg kene dialisis. Tapi sebelum tu meols tgok pola pemakanan 2 org ni meols mintak maaf dulu la..mmg mkn mcm tak de hari esok. Bila dah kene dialisis nk minum pon kene kontrol..apatah lgi makanan.  Relationship dorang dgn makanan sebelum tu mcm live life to the fullest gitu.
Quote NonaNaga 8-7-2023 07:43 PM
maknya tua sket dari Eddie...innalillah...
Melor buat apa skang Freshies adik Eddie. oot plak
Quote hotmak 8-7-2023 08:11 PM
NonaNaga replied at 8-7-2023 07:43 PM
maknya tua sket dari Eddie...innalillah...
Melor buat apa skang Freshies adik Eddie. oot plak

duduk oversea tak silap, kawin mat saleh
Quote dudaberhias 8-7-2023 08:32 PM
innalilah salam takziah...

iols pun kenal ramai orang sakit buah pinggang... sedara mara sendiri pun ada yang kena...

yang kena sakit buah pinggang sebab terlampau jaga makan pun ada...

macam2 ye sakit buah pinggang ni...
Quote fadz84 8-7-2023 09:16 PM
NonaNaga replied at 8-7-2023 07:43 PM
maknya tua sket dari Eddie...innalillah...
Melor buat apa skang Freshies adik Eddie. oot plak

Kiranya dorg ni mmg anak beranak seni la yek.. bapak, makcik, bila… Bila suara sedap Tp x ke mana..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.078037 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top