View: 2018|Reply: 8
|
'Tak Jangka Mummy Akan Pergi Secepat Ini' - Bila
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Saya tidak jangka 'mummy' (ibu) akan pergi secepat ini kerana saya yang menjaganya ketika arwah berulang alik keluar masuk hospital," kata penyanyi Bila atau Nur Najmi Nabila, 27.
Bila berkata demikian selepas ibunya, Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Ampang jam 2.10 petang semalam.
Menurut pemenang tempat ketiga program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 ini, hubungan dengan arwah ibunya juga sangat rapat.
"Maklumlah, saya anak yang masih bujang dan banyak masa bersama arwah kerana kakak dan adik lelaki sudah berkeluarga.
"Saya juga bersyukur kerana dapat menjaga mummy hingga pada saat akhirnya," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya pesanan akhir arwah ibunya, kata Bila yang juga anak kepada pemain gitar bass kumpulan Wings iaitu Eddie atau Samsaidi Ulong Idris, 55, arwah beritahu dia merindui anak-anak dan cucunya.
"Arwah 'mummy' beritahu dia rindu kepada anak-anak dan cucunya ketika saya bertemunya di hospital dua hari lalu.
"Jika nak diikutkan, arwah 'mummy' memang sudah lama sakit dan doktor juga sudah beritahu kami untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk," katanya.
Bercerita kenangan bersama arwah, kata Bila, arwah ibu adalah peminat nombor satunya.
"Arwah 'mummy' sentiasa menemani saya buat persembahan sebelum ini.
"Arwah akan minta saya tambah lagi lagu yang disampaikan ketika saya jayakan mana-mana persembahan.
"Kalau saya sedih atau ada masalah, arwah 'mummy' sentiasa beri semangat untuk saya tidak putus asa dalam meneruskan karier nyanyian," katanya.
Jenazah Norlela dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini, jam 8.30 malam semalam.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit buah pingganh ni antara sakit yg bt life jad xbest trs. Nk mkn mnum semua xblh bedal. Sampai satu masa akan jad kronik |
|
|
|
|
|
|
|
kechikchomel replied at 8-7-2023 07:20 PM
Ada 2 orang yg iolss kenal sakit buah pinggang. Sorang jiran iolss. Lama dah sakit tu. Lagi sorg p ...
Dulu kedai bapak iols sebelah pusat dialisis. Abg iols kamceng la dgn pesakit2 tu. Dia kata mcm sedih jgk la kejap acik ni ninggal. Kejap yg ni plakk ninggal, mcm persahabatan yg temporary. Klu dah start urat tgn xleh guna tebuk kat leher plk tu dh teruk senang kena jangkitan. Tapi semua sama je ketegaq mkn xpantang. Smpaikan bos dialisis tu give up dia kata xpela dh tegur xdgr.. klu ninggal aku gi ziarah je la . |
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 8-7-2023 07:06 PM
Sakit buah pingganh ni antara sakit yg bt life jad xbest trs. Nk mkn mnum semua xblh bedal. Sampai s ...
Betul chuols tulis. Meols kenal la 2 org yg kene dialisis. Tapi sebelum tu meols tgok pola pemakanan 2 org ni meols mintak maaf dulu la..mmg mkn mcm tak de hari esok. Bila dah kene dialisis nk minum pon kene kontrol..apatah lgi makanan. Relationship dorang dgn makanan sebelum tu mcm live life to the fullest gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
maknya tua sket dari Eddie...innalillah...
Melor buat apa skang Freshies adik Eddie. oot plak |
|
|
|
|
|
|
|
NonaNaga replied at 8-7-2023 07:43 PM
maknya tua sket dari Eddie...innalillah...
Melor buat apa skang Freshies adik Eddie. oot plak
duduk oversea tak silap, kawin mat saleh |
|
|
|
|
|
|
|
innalilah salam takziah...
iols pun kenal ramai orang sakit buah pinggang... sedara mara sendiri pun ada yang kena...
yang kena sakit buah pinggang sebab terlampau jaga makan pun ada...
macam2 ye sakit buah pinggang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
NonaNaga replied at 8-7-2023 07:43 PM
maknya tua sket dari Eddie...innalillah...
Melor buat apa skang Freshies adik Eddie. oot plak
Kiranya dorg ni mmg anak beranak seni la yek.. bapak, makcik, bila… Bila suara sedap Tp x ke mana.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|