Sekarang ini kebanyakan premis sudah menggunakan kaedah membuat pesanan makanan di kebanyakan restoran yang mengaplikasikan sistem imbasan kod (scan) ataupun mesin pesanan layan diri. Bagaimanapun, tidak semua orang mampu mengadaptasi pembaharuan ini serta memerlukan bantuan untuk membuat pesanan makanan secara manual.
Di media sosialk, seorang pengguna turut meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sistem baharu itu yang pada pandangannya bukan sahaja menyusahkan malah turut membangkitkan isu penggunaan caj perkhidmatan. "Betul... semua kena scan sendiri, pakai data sendiri, lepas tu dia pula nak caj 'service charge'. What service? Kamu tidak datang ambil pesanan saya. "Saya tidak boleh bertanya mengenai kelebihan menu, saya tak boleh buat permintaan untuk pengubahsuaian menu contohnya tak nak pedas, tak nak taugeh. Jadi servis apa yang saya bayar di sini?" demikian luahan individu tersebut.
Perkongsian individu tersebut meraih reaksi yang bercampur, namun rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan malah berkongsi pengalaman yang sama. "Macam mana pula orang tua nak order kan? Menyusahkan mereka kalau nak buat pesanan dan kedai juga tak terima cash (tunai). Segalanya online. Kesian orang tua atau yang tak ada kad nak membeli. "Meluat juga dengan segelintir restoran kawasan dalam suruh scan menu contohnya kawasan kampung. Kamu tahu majoriti penduduk warga boomers... sibuk suruh scan. Kesian tau tak. "Paling benci bila dia suruh kita scan tapi kedai tu line pun hauk (teruk). Nak scan macam mana kalau line pun takde. "Saya setuju bab pakai data sendiri. At least sediakan wifi untuk orang scan menu tu. Line dekat Malaysia ni bukan semua tempat okay. Kalau dah line internet orang tu slow, kan dah makan masa nak order," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT