View: 901|Reply: 6
|
Kena Scan Sendiri Tapi Ada Caj Servis! Pelanggan Menyampah Dengan Trend Order Makanan, Kedai Acah Moden Tapi Line Teruk
[Copy link]
|
|
Sekarang ini kebanyakan premis sudah menggunakan kaedah membuat pesanan makanan di kebanyakan restoran yang mengaplikasikan sistem imbasan kod (scan) ataupun mesin pesanan layan diri.
Bagaimanapun, tidak semua orang mampu mengadaptasi pembaharuan ini serta memerlukan bantuan untuk membuat pesanan makanan secara manual.
Di media sosialk, seorang pengguna turut meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sistem baharu itu yang pada pandangannya bukan sahaja menyusahkan malah turut membangkitkan isu penggunaan caj perkhidmatan.
 Gambar Hiasan: mStar
"Betul... semua kena scan sendiri, pakai data sendiri, lepas tu dia pula nak caj 'service charge'. What service? Kamu tidak datang ambil pesanan saya.
"Saya tidak boleh bertanya mengenai kelebihan menu, saya tak boleh buat permintaan untuk pengubahsuaian menu contohnya tak nak pedas, tak nak taugeh. Jadi servis apa yang saya bayar di sini?" demikian luahan individu tersebut.
Perkongsian individu tersebut meraih reaksi yang bercampur, namun rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan malah berkongsi pengalaman yang sama.
"Macam mana pula orang tua nak order kan? Menyusahkan mereka kalau nak buat pesanan dan kedai juga tak terima cash (tunai). Segalanya online. Kesian orang tua atau yang tak ada kad nak membeli.
"Meluat juga dengan segelintir restoran kawasan dalam suruh scan menu contohnya kawasan kampung. Kamu tahu majoriti penduduk warga boomers... sibuk suruh scan. Kesian tau tak.
" aling benci bila dia suruh kita scan tapi kedai tu line pun hauk (teruk). Nak scan macam mana kalau line pun takde.
"Saya setuju bab pakai data sendiri. At least sediakan wifi untuk orang scan menu tu. Line dekat Malaysia ni bukan semua tempat okay. Kalau dah line internet orang tu slow, kan dah makan masa nak order," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Orang masuk restoran nak makan. Kadang dlm keadaan perut dah berkeroncong. Kena pulak hadap nak order cara yg susah payah ni. Lambat dan menyusahkan. Memang blh mengundang amukan jugak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan ada pilihan.tkde sapa paksa pi makan kt kedai kena scan order |
|
|
|
|
|
|
|
dah la mmg menyampah order cmni lagi2 bila kedai tu line hauk..and baru je kena haritu tunggu dkt sejam ape pon x dapat pg tanya staff dia ckp ohh order failed lah...mmg amuk la dh la dh abis lunch hour sia2 menunggu... |
|
|
|
|
|
|
|
Takde orang acu pisau kat leher suruh makan kat kedai2 mcm tu. When will you learn? It's all about choices. YOU make the choices. Tak suka, keluar je. Lama2 lingkup la. |
|
|
|
|
|
|
|
Order pakai QR Code ni mmg masalah bagi warga2 yg dah lanjut usia.
Tapi bagi generasi skrg ni, pantas jer diaorg order.
Auntie dan kwn2 seangkatan akan cuba dulu, kalau gagal, panggil waiter/waitress utk tolong. Kalau line fail, mmg mintak menu list dan biarlah staff dia yg orderkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|