Baby Shima tampil sokong tindakan Shuib yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen kerana melemparkan tuduhan berbaur fitnah ke atas dirinya dan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Di Instagram, Baby Shima memberitahu pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang buat para netizen yang sering melemparkan fitnah. “Bila dengar kena saman takutlah. Fake account pun boleh je cari, tiada masalah. Yang suka mengecam, memfitnah tu jaga-jaga. Diam-diam kita ni, perhati je netizen-netizen yang biadap. “Tut tut tiba-tiba eh, datang surat saman, kerjalah kau sampai mamp*s nak bayar duit saman je,” tulisnya di ruangan kapsyen.
|
ADVERTISEMENT