View: 327|Reply: 1
|
Baby Shima Bagi Amaran Pada Yang Suka Mengecam Dan Memfitnah "Datang Surat Saman, Kerjalah Kau Sampai Mamp*s Nak Bayar Duit Saman Je"
[Copy link]
|
|
Baby Shima tampil sokong tindakan Shuib yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen kerana melemparkan tuduhan berbaur fitnah ke atas dirinya dan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Di Instagram, Baby Shima memberitahu pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang buat para netizen yang sering melemparkan fitnah.
Foto: IG
“Bila dengar kena saman takutlah. Fake account pun boleh je cari, tiada masalah. Yang suka mengecam, memfitnah tu jaga-jaga. Diam-diam kita ni, perhati je netizen-netizen yang biadap.
“Tut tut tiba-tiba eh, datang surat saman, kerjalah kau sampai mamp*s nak bayar duit saman je,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan tindakan Baby Shima mahu menyaman netizen.
“Sesekali kena juga buat macam tu supaya orang luar sana tak boleh sewenang-wenangnya tabur fitnah dengan jari je. Betul tak?
“Kasi hantam netizen yang perangai hanat tu. Saman tetap saman. Yang kaki fitnah mesti tengah gelabah sekarang ni,” komen netizen. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|