CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alami Bipolar Disorder Dan Hypertiroidisme, Yasin Tidak Waras Ketika Kejadian Kes Dadah

6-7-2023 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1254| Komen: 11

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengesahkan Yasin Sulaiman berada dalam keadaan waras dan layak dibacarakan atas tiga pertuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin berdasarkan laporan psikiatri Yasin dihadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohamad pada petang Khamis.


Ahmad Zuhaini memberitahu mahkamah, meskipun tertuduh layak dibicarakan namun laporan daripada Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak mendapati Yasin mengalami Bipolar disorder, (keceleruan efektif), Hypertiroidisme (gangguan mental) serta dilaporkan tidak waras semasa kejadian berlaku.

Foto: mStar

"Walaubagaimanapun keadaan mental (Yasin) bertambah baik dan layak dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu membela diri," katanya.

Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah memberikan satu tarikh sebutan sebelum perbicaraan diteruskan.


Peguam mewakili Yasin iaitu Arif Azami Hussin kemudian memohon mahkamah menetapkan terus tarikh perbicaraan singkat.

Hakim Nik Nasimah menetapkan 9 Ogos ini bagi sebutan semula kes manakala 28 dan 29 Ogos ini bagi perbicaraan seterusnya.

Pada prosiding bertarikh 8 Mei lalu, Yasin diarahkan menjalani pemeriksaan Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan selepas hakim membenarkan permohonan pihak pembelajaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin kayak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu sebelum ini berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu milikannya dah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram dan didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plasktik berisi tanah.

Manakala pertuduhan ketiga dia didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11 nor-delta-9 tetrahydrocannabinol 9- carboxylic acid'. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 6-7-2023 07:23 PM
HIPERTIRODISM = PENYAKIT MENTAL ?
Quote mawardia 6-7-2023 07:53 PM
Sejak bile Hyperthyroidism tu penyakit mental lahanetttttttt?
Quote honeybee1802 6-7-2023 07:56 PM
mawardia replied at 6-7-2023 07:53 PM
Sejak bile Hyperthyroidism tu penyakit mental lahanetttttttt?

Welll...wartawan sok kabor melayu youuu...menatang boleh google dihujung jari pung malas...
Sib baik la kena tangkap kan...nampak lain dah air muka banding ms kena tangkap tu...kalo idak sampai ke sudah la jd doktor sendiri..
Quote SANKURIANG 6-7-2023 08:36 PM
sayawifenikmie replied at 6-7-2023 07:23 PM
HIPERTIRODISM = PENYAKIT MENTAL ?

Baru nak cakap...celah mana sakit mental nya....
Quote najib888 7-7-2023 11:09 AM
penyakit yantism la ni kan?
Quote laksmanabentan 7-7-2023 11:20 AM
da banyak sgt melantak taik tu kottt... tu yang biol kejapp...
Quote cmf_blanco 7-7-2023 07:44 PM
Yasin ni ada bipolar sebelum kes marijuana ni lagi kan..bukan ke beberapa tahun lepas ada berlaku episod bipolar dia tu sampai dia taip merapu apa apa ntah kat media sosial dia..

mengikut apa yang aku baca marijuana ni ada yg guna kan sebagai treatment utk penyakit bipolar (walaupun takda bukti 100% boleh sembuhkan bipolar tu). Mungkin Yasin ni guna marijuana tu utk rawat bipolar dia.
Quote Lagubestbest 7-7-2023 08:18 PM
kan benang sebelah saintis gtau tanak ada masalah mental nak otak saiz normal dan bijak kne makan ikan.
Quote sharlenetexas 7-7-2023 08:33 PM
Janganlah laila, jangan terpedaya.


Quote helicornia 9-7-2023 06:19 AM
Oh hyperthyroid patut le ari tu kurus kering.ni nampak elok sikit.dh mkn ubat sepital la tu dlm penjara.
Klu idak agaknya dulu dok try ubat 'natural'
Quote Burong_Hantuk 9-7-2023 11:51 AM
sorry...pd aku si adik beradik yasin nih termasuk si yasin jenis muka tak tau malu..kulit tebal mcm bab*

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034962 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top