View: 1211|Reply: 11
|
Alami Bipolar Disorder Dan Hypertiroidisme, Yasin Tidak Waras Ketika Kejadian Kes Dadah
[Copy link]
|
|
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengesahkan Yasin Sulaiman berada dalam keadaan waras dan layak dibacarakan atas tiga pertuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah sebelum ini.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin berdasarkan laporan psikiatri Yasin dihadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohamad pada petang Khamis.
Ahmad Zuhaini memberitahu mahkamah, meskipun tertuduh layak dibicarakan namun laporan daripada Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak mendapati Yasin mengalami Bipolar disorder, (keceleruan efektif), Hypertiroidisme (gangguan mental) serta dilaporkan tidak waras semasa kejadian berlaku.
 Foto: mStar
"Walaubagaimanapun keadaan mental (Yasin) bertambah baik dan layak dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu membela diri," katanya.
Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah memberikan satu tarikh sebutan sebelum perbicaraan diteruskan.
Peguam mewakili Yasin iaitu Arif Azami Hussin kemudian memohon mahkamah menetapkan terus tarikh perbicaraan singkat.
Hakim Nik Nasimah menetapkan 9 Ogos ini bagi sebutan semula kes manakala 28 dan 29 Ogos ini bagi perbicaraan seterusnya.
Pada prosiding bertarikh 8 Mei lalu, Yasin diarahkan menjalani pemeriksaan Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan selepas hakim membenarkan permohonan pihak pembelajaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin kayak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu sebelum ini berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu milikannya dah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram dan didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plasktik berisi tanah.
Manakala pertuduhan ketiga dia didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11 nor-delta-9 tetrahydrocannabinol 9- carboxylic acid'. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
HIPERTIRODISM = PENYAKIT MENTAL ? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bile Hyperthyroidism tu penyakit mental lahanetttttttt? |
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 6-7-2023 07:53 PM
Sejak bile Hyperthyroidism tu penyakit mental lahanetttttttt?
Welll...wartawan sok kabor melayu youuu...menatang boleh google dihujung jari pung malas...
Sib baik la kena tangkap kan...nampak lain dah air muka banding ms kena tangkap tu...kalo idak sampai ke sudah la jd doktor sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak cakap...celah mana sakit mental nya....
|
|
|
|
|
|
|
|
penyakit yantism la ni kan? |
|
|
|
|
|
|
|
da banyak sgt melantak taik tu kottt... tu yang biol kejapp... |
|
|
|
|
|
|
|
Yasin ni ada bipolar sebelum kes marijuana ni lagi kan..bukan ke beberapa tahun lepas ada berlaku episod bipolar dia tu sampai dia taip merapu apa apa ntah kat media sosial dia..
mengikut apa yang aku baca marijuana ni ada yg guna kan sebagai treatment utk penyakit bipolar (walaupun takda bukti 100% boleh sembuhkan bipolar tu). Mungkin Yasin ni guna marijuana tu utk rawat bipolar dia. |
|
|
|
|
|
|
|
kan benang sebelah saintis gtau tanak ada masalah mental nak otak saiz normal dan bijak kne makan ikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah laila, jangan terpedaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh hyperthyroid patut le ari tu kurus kering.ni nampak elok sikit.dh mkn ubat sepital la tu dlm penjara.
Klu idak agaknya dulu dok try ubat 'natural' |
|
|
|
|
|
|
|
sorry...pd aku si adik beradik yasin nih termasuk si yasin jenis muka tak tau malu..kulit tebal mcm bab* |
|
|
|
|
|
|
| |
|