JAKARTA: Pasangan suami isteri di Desa Muara Karang di Sumatera Selatan terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer merentasi kawasan hutan untuk membawa anak perempuan mereka yang sakit ke hospital.
Pasangan Marthadinata dan Rika berdepan saat memilukan apabila anak mereka yang berusia empat tahun itu dilaporkan meninggal dunia dalam pelukan sebelum sempat mendapatkan rawatan. Marthadinata berkata, anaknya, Meilani mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah ketika waktu tengah malam Isnin lalu, menyebabkan badannya lemah. Tanpa berfikir panjang, Marthadinata dan Rika terus keluar dengan hanya berbekalkan lampu suluh dan terpaksa berjalan lebih satu jam untuk membawa Meilani ke pusat kesihatan terdekat. “Lokasi tempat tinggal kami sukar dicapai oleh kenderaan dan sukar mendapat isyarat telefon. Saya dan isteri terpaksa berjalan dari arah Kampung Muara Karang menuju ke daerah Pendopo untuk membawa anak kami ke hospital.
“Saya sudah tidak memikirkan risiko bertemu haiwan buas atau bahaya lain. Saya hanya mahu mendapatkan rawatan untuk Meilani ketika itu. “Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Meilani terus muntah-muntah hingga sudah terlambat untuk mendapatkan bantuan apabila saya menyedari dia sudah tidak bernyawa dipangkuan saya,” katanya. Menurut Kompas.com, seorang pegawai peronda dari Balai Polis Pendopo yang terlihat pasangan itu membantu menghantar mereka pulang dan jenazah Meilani dilaporkan selamat dikebumikan Selasa lalu. -CARI Sumber: Utusan
|
otai_g replied at 6-7-2023 04:42 PM
Berbalik pd msia, bajet utk kesihatan patutnya diyambah. Ph mn2 hospital kerajaan semua penuh mcm sa ...
ADVERTISEMENT