View: 906|Reply: 6
|
Suami Isteri Terpaksa Jalan Kaki 10Km Ke Hospital, Tak Sempat Sampai Anak Dah Maut Dalam Pelukan
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Pasangan suami isteri di Desa Muara Karang di Sumatera Selatan terpaksa berjalan kaki sejauh 10 kilometer merentasi kawasan hutan untuk membawa anak perempuan mereka yang sakit ke hospital.
Pasangan Marthadinata dan Rika berdepan saat memilukan apabila anak mereka yang berusia empat tahun itu dilaporkan meninggal dunia dalam pelukan sebelum sempat mendapatkan rawatan.
 Foto: Kompas.com
Marthadinata berkata, anaknya, Meilani mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah ketika waktu tengah malam Isnin lalu, menyebabkan badannya lemah.
Tanpa berfikir panjang, Marthadinata dan Rika terus keluar dengan hanya berbekalkan lampu suluh dan terpaksa berjalan lebih satu jam untuk membawa Meilani ke pusat kesihatan terdekat.
“Lokasi tempat tinggal kami sukar dicapai oleh kenderaan dan sukar mendapat isyarat telefon. Saya dan isteri terpaksa berjalan dari arah Kampung Muara Karang menuju ke daerah Pendopo untuk membawa anak kami ke hospital.
“Saya sudah tidak memikirkan risiko bertemu haiwan buas atau bahaya lain. Saya hanya mahu mendapatkan rawatan untuk Meilani ketika itu.
“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Meilani terus muntah-muntah hingga sudah terlambat untuk mendapatkan bantuan apabila saya menyedari dia sudah tidak bernyawa dipangkuan saya,” katanya.
Menurut Kompas.com, seorang pegawai peronda dari Balai Polis Pendopo yang terlihat pasangan itu membantu menghantar mereka pulang dan jenazah Meilani dilaporkan selamat dikebumikan Selasa lalu. -CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.
Yang aku heran, orang2 begini takkan bunuh diri.
Yang macam Coco Lee tu pulak yang bunuh diri. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya, mcm kes kt sarawak ke mana hr tu. sbb lokasi kt pendalaman sgt, nk akses klinik n hospital pn jauh |
|
|
|
|
|
|
|
Org mcm ni redhanya kuattt.. itu beza org yg kuat dgn yg lemah.. insyaallah couple ni akan bangun semulaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berbalik pd msia, bajet utk kesihatan patutnya diyambah. Ph mn2 hospital kerajaan semua penuh mcm sardin. Sementara nak tunggu turn dpt rawatan silap2 blh Mati dulu br sempat dptkan rawatan. |
|
|
|
|
|
|
|
pendidikan kesihatan akan jd kos tinggi akan datang. mri pun ambil masa 3bulan. medical card dh jd kewajipan
|
|
|
|
|
|
|
|
siannya moga tabah hidup di dunia ni ek |
|
|
|
|
|
|
| |
|