CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perempuan Bertudung Sakan Bergelek Rupa-Rupanya Adik Kepada Peserta Big Stage

6-7-2023 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2162| Komen: 11

Aksi seorang remaja perempuan bertudung yang dilihat menari sakan di ruang penonton dalam program Big Stage 2023 (BS2023) Ahad lalu rupa-rupanya adik kepada peserta program berkenaan iaitu Aufa Hanie.


Afrina atau Nur Afrina Hanie Mohktar, 18, berkata, ada segelintir pihak yang salah faham menyangka kakaknya yang menari dalam video berkenaan kerana wajah mereka dikatakan mirip.

Foto: mStar

"Sebenarnya saya tak menyangka video tersebut viral tapi ada pula orang keliru menganggap wanita yang menari itu adalah kakak saya kerana wajah kami seiras.

"Macam mana pula dia (Aufa) nak menari sedangkan dia merupakan seorang peserta," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial seorang remaja perempuan sakan menari lagu Sengol Sengolan Cubit Cubitan nyanyian asal Mas Idayu sebelum program berlangsung.


Aksi lincah tarian Afrina bersama beberapa lelaki dirakam oleh penonton yang turut hadir dalam program tersebut menjadi bualan hangat netizen kerana kurang senang dengan aksi dipamerkan memandangkan dia memakai tudung.

Dalam pada itu, Afrina berkata, ia bukan kali pertama dia melakukan aksi sedemikian sebaliknya sejak minggu pertama BS2023 berlangsung dia memang gemar menari ketika program dihentikan untuk memberi laluan kepada iklan.

Bagaimanapun Afrina sedar tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang memandangkan imej bertudung tidak sesuai dengan aksi sedemikian.

"Saya sedar ramai yang mengatakan tindakan saya itu seperti kurang sopan. Saya juga manusia biasa. Saya masih mencuba untuk menjaga imej bertudung.

"Tapi jika saya tidak menari di tepi tangga dewan itu sekali pun, saya tetap akan menari di atas pentas. Cuma bezanya orang tak biasa lihat saya dan kebetulan pula video itu viral.

"Ramai sahaja sebenarnya menari di situ... Saya hanya berseronok dengan penonton lain tetapi saya pula yang viral," jelasnya.

Tambah Afrina, keluarganya juga tidak memberi sebarang komen selepas melihat video tular itu kerana memahami minatnya dalam dunia tarian sejak kecil lagi.

Malah Afrina memberitahu dia sebenarnya adalah seorang penari dan pernah menuntut di Sekolah Seni Kuala Lumpur.

"Menari adalah minat saya sejak kecil lagi. Saya hanya menari mengikut tempo dan lirik," ujarnya.

"Bila video itu viral juga, keluarga saya mahupun Aufa tidak menegur apa-apa kerana mereka sememangnya tahu saya seorang penari," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 6-7-2023 04:39 PM
bdk pompuan tu kira decent jgk la image n tarian dia. yg aku rengsa si nonok gemok tu (ooppsss bodyshaming) sbb sgt menggelikan ya. sedar2 diri sikit
Quote Kurex 6-7-2023 04:43 PM
Baik kau bukak benang dekat kongsi viral sundallllllll
Quote pembacagosip 6-7-2023 04:52 PM
perlu ke masuk cerita gini
x popular pun
Quote pearl.silver 6-7-2023 06:05 PM
Bersoraklaa.. Akhirnya berjaya viral. Satu mlysia kenal ko. Esok bole jd artis.
Quote dudaberhias 6-7-2023 07:01 PM
lagi rengsa tengok nonok yang patut jumpa doktor hidung pacak untuk potong perut tu menari... dah serhoper kena siram pakai air coway panas oleh si bainon...
mohon sesiapa hantar nonok tu pergi buat kimo... bagi kurus sikit badan...


Quote bintangct 7-7-2023 01:00 AM
tgk gaya pon tahu dia mcm penari Body dia smooth je menari lagu tu
Quote Hoola 7-7-2023 06:19 AM
so jd penari kena menari merata2 ke?????
pantang dgr tempo dgr lagu dan dan kaki tu nergedik2meronta nk bgelek xleh nk kawaln dahhh?????????????
Quote aikee04 7-7-2023 06:44 AM
Sekarang ni byk yg bukan artis dimasuk dlm board gosip kerana menumpang nama seseorg...mod mcm ....
Quote rosedemon 7-7-2023 09:15 AM
boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote marchikobonzo 7-7-2023 09:34 AM
Elok pulak dia ngaku..kalau orang lain dah deactivate socmed dah
Quote tootii 7-7-2023 01:43 PM
aku lbh santai eh sentap ngk yg dak2 debab tu joget hahaha

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047244 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top