Seorang wanita kecewa dengan penyewanya yang pengotor dan tidak mengambil berat soal kebersihan. Melalui satu perkongsian di Facebook, wanita tersebut menyatakan perangai jelik itu datangnya daripada seorang gadis.
"Saya nak cerita pengalaman selepas tiga tahun bergelar pengusaha homestay di Airbnb. Dalam tiga tahun ni, ini kali pertama kami mengalami keadaan yang seperti ini. "Penginap kami merupakan seorang perempuan yang cantik. Dia menyewa dengan kami selama tiga bulan. Pada hari saya buat posting ni (25 Jun), dia baru check-out dari homestay kami. "Sepanjang tiga bulan dia duduk dengan kami, kami menyediakan servis pembersihan sebulan sekali. Ini untuk keselesaan penginap dan sebab kami nak lihat keadaan rumah. "Setiap kali datang buat pembersihan, kami perasan unit berada dalam keadaan yang teruk. Sampah merata-rata. Pinggan tak dibasuh sampai sebulan. Sinki penuh sisa makanan," kata wanita itu kesal. Wanita itu berkata dia cuba memberikan teguran kepada penginap tersebut tetapi tidak diendahkan. "Kali pertama nampak macam tu kami cuba tegur. Tapi apabila kami datang buat servis pembersihan kali kedua, keadaan masih hampir sama, mungkin bertambah baik sikit. Kami tegur sekali lagi dan harap dia akan jaga kebersihan. "Jadi waktu hari terakhir sebelum dia nak check-out, kami berikan arahan yang jelas supaya gadis itu tinggalkan rumah dalam keadaan seperti ketika dia masuk. "Apa yang dimaksudkan adalah keadaan perabot tersusun seperti asalnya, pinggan dan mangkuk yang digunakan sudah dicuci, sampah dikumpulkan dan dibuang di tempat pembuangan sampah yang searas dengan unit kami. "Kami boleh terima lagi jika katil tak dikemas, tuala yang digunakan tak dibasuh atau ada sampah sikit, itu adat. Kami akan tolong tukar cadar, tukar tuala dan buat kerja pembersihan. Tapi berbeza cerita gadis ni," ujar wanita itu. Wanita itu mengatakan keadaan rumah inap yang ditinggalkan gadis berkenaan tidak ubah seperti dilanda taufan. "Kami sangat kecewa apabila masuk ke rumah untuk buat pembersihan selepas penginap check-out. Keadaan sangat teruk. Sampah merata-rata. Pinggan penuh tak berbasuh di dapur. "Sisa makanan terbiar di dalam sinki. Makanan ditinggalkan begitu sahaja dalam peti ais. Pad (tuala wanita) dia dan sampah tak dibuang, kami terpaksa delete gambar tu sebab menjijikkan. Sedih tengok keadaan rumah. "Boleh kerugian besar kami, tapi nasib baik kami berurusan melalui Airbnb dan ada insurans. Kami laporkan kerosakan kepada Airbnb dan kalau penginap tak nak bayar, pihak Airbnb akan bayar mengikut anggaran ganti rugi. "Alhamdulillah dalam kes kami, pihak Airbnb bayar kepada kami kos pembersihan selepas empat jam laporan dibuat, dan syukur semuanya dipermudahkan. Siasatan akan dibuat dan penginap tu boleh disenarai hitam," jelas wanita itu. Wanita berkenaan berkata itu adalah hakikat pahit yang perlu 'dihadam' sebagai seorang pemilik rumah inap. "Inilah realiti kami sebagai pemilik homestay. Tak semuanya untung. Macam-macam ragam penginap. Tapi tak dinafikan, 90 peratus penginap kami sangat bagus dan memahami. "Kadang-kadang penginap mengharapkan servis seperti hotel tapi bayaran nak murah seperti homestay. "Kami keluarkan modal untuk berikan servis terbaik kepada penginap. Harapan kami ialah penginap akan jaga homestay seperti rumah sendiri. "Semoga kami dapat pulihkan homestay kami seperti keadaan asal dalam masa terdekat ini," kata wanita itu menutup perkongsian. Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata rupa seseorang yang menawan tidak menjamin personaliti yang sihat. "Kesian homestay dah nampak premium macam ni tapi jatuh ke tangan yang salah. Dari sini, sekali lagi aku nak pesan, hati-hati dengan perempuan cantik. "Terlalu sibuk mencantikkan rupa sehingga itu la satu-satunya perkara yang cantik ada pada diri mereka," kata sebahagian warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
dekmieDandy replied at 6-7-2023 03:40 PM
sapa suruh charge cleaning fee mahal sangat
rata-rata cleaning fee 1/3 or separuh harga sewa
Clan204 replied at 6-7-2023 03:46 PM
this... skrg duduk apartment/kondo yg dieorg buat inapdesa ni pun cleaning fees rm80++ kalau duduk ...
bynroslan replied at 6-7-2023 03:56 PM
owner airbnb ni pun kadang over, charge cleaning fee tinggi pastu ehh suruh kita kemas pulak. kalau ...
Simunggu replied at 6-7-2023 03:17 PM
gadis cantik memang ramai pengotor...baru kamu tahu?
hyie replied at 6-7-2023 05:36 PM
sepanjang meols pernah keje hotel kan sis, bilik-bilik yang dihuni pompuan cantik terutamanya yang s ...
ADVERTISEMENT