CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2493|Reply: 36

Gadis Cantik Pengotor Sewa Airbnb- Sampah Merata-Rata, Pinggan Tak Berbasuh, Makanan Busuk Dalam Peti Ais, Pad Tak Dibuang

[Copy link]
Post time 6-7-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita kecewa dengan penyewanya yang pengotor dan tidak mengambil berat soal kebersihan.


Melalui satu perkongsian di Facebook, wanita tersebut menyatakan perangai jelik itu datangnya daripada seorang gadis.


Foto: mStar




"Saya nak cerita pengalaman selepas tiga tahun bergelar pengusaha homestay di Airbnb. Dalam tiga tahun ni, ini kali pertama kami mengalami keadaan yang seperti ini.


"enginap kami merupakan seorang perempuan yang cantik. Dia menyewa dengan kami selama tiga bulan. Pada hari saya buat posting ni (25 Jun), dia baru check-out dari homestay kami.


"Sepanjang tiga bulan dia duduk dengan kami, kami menyediakan servis pembersihan sebulan sekali. Ini untuk keselesaan penginap dan sebab kami nak lihat keadaan rumah.


Foto: mStar




"Setiap kali datang buat pembersihan, kami perasan unit berada dalam keadaan yang teruk. Sampah merata-rata. Pinggan tak dibasuh sampai sebulan. Sinki penuh sisa makanan," kata wanita itu kesal.


Wanita itu berkata dia cuba memberikan teguran kepada penginap tersebut tetapi tidak diendahkan.


"Kali pertama nampak macam tu kami cuba tegur. Tapi apabila kami datang buat servis pembersihan kali kedua, keadaan masih hampir sama, mungkin bertambah baik sikit. Kami tegur sekali lagi dan harap dia akan jaga kebersihan.


"Jadi waktu hari terakhir sebelum dia nak check-out, kami berikan arahan yang jelas supaya gadis itu tinggalkan rumah dalam keadaan seperti ketika dia masuk.




Foto: mStar




"Apa yang dimaksudkan adalah keadaan perabot tersusun seperti asalnya, pinggan dan mangkuk yang digunakan sudah dicuci, sampah dikumpulkan dan dibuang di tempat pembuangan sampah yang searas dengan unit kami.


"Kami boleh terima lagi jika katil tak dikemas, tuala yang digunakan tak dibasuh atau ada sampah sikit, itu adat. Kami akan tolong tukar cadar, tukar tuala dan buat kerja pembersihan. Tapi berbeza cerita gadis ni," ujar wanita itu.


Wanita itu mengatakan keadaan rumah inap yang ditinggalkan gadis berkenaan tidak ubah seperti dilanda taufan.


"Kami sangat kecewa apabila masuk ke rumah untuk buat pembersihan selepas penginap check-out. Keadaan sangat teruk. Sampah merata-rata. Pinggan penuh tak berbasuh di dapur.


"Sisa makanan terbiar di dalam sinki. Makanan ditinggalkan begitu sahaja dalam peti ais. Pad (tuala wanita) dia dan sampah tak dibuang, kami terpaksa delete gambar tu sebab menjijikkan. Sedih tengok keadaan rumah.


Foto: mStar







"Boleh kerugian besar kami, tapi nasib baik kami berurusan melalui Airbnb dan ada insurans. Kami laporkan kerosakan kepada Airbnb dan kalau penginap tak nak bayar, pihak Airbnb akan bayar mengikut anggaran ganti rugi.


"Alhamdulillah dalam kes kami, pihak Airbnb bayar kepada kami kos pembersihan selepas empat jam laporan dibuat, dan syukur semuanya dipermudahkan. Siasatan akan dibuat dan penginap tu boleh disenarai hitam," jelas wanita itu.


Wanita berkenaan berkata itu adalah hakikat pahit yang perlu 'dihadam' sebagai seorang pemilik rumah inap.


"Inilah realiti kami sebagai pemilik homestay. Tak semuanya untung. Macam-macam ragam penginap. Tapi tak dinafikan, 90 peratus penginap kami sangat bagus dan memahami.


"Kadang-kadang penginap mengharapkan servis seperti hotel tapi bayaran nak murah seperti homestay.


"Kami keluarkan modal untuk berikan servis terbaik kepada penginap. Harapan kami ialah penginap akan jaga homestay seperti rumah sendiri.


"Semoga kami dapat pulihkan homestay kami seperti keadaan asal dalam masa terdekat ini," kata wanita itu menutup perkongsian.


Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata rupa seseorang yang menawan tidak menjamin personaliti yang sihat.


"Kesian homestay dah nampak premium macam ni tapi jatuh ke tangan yang salah. Dari sini, sekali lagi aku nak pesan, hati-hati dengan perempuan cantik.


"Terlalu sibuk mencantikkan rupa sehingga itu la satu-satunya perkara yang cantik ada pada diri mereka," kata sebahagian warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 03:17 PM | Show all posts
gadis cantik memang ramai pengotor...baru kamu tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuala yg digunakan tak dibasuh.

Ada provide mesin basuh dan dryer ke?

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x silap, airbnb boleh auto tarik duit dr acc penyewa kan utk caj ganti brg2 rosak etc? Ke silap?

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 03:40 PM | Show all posts
sapa suruh charge cleaning fee mahal sangat

rata-rata cleaning fee 1/3 or separuh harga sewa

pastu apa yang rosak, buat sepah = rosak ke???

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 03:46 PM | Show all posts
dekmieDandy replied at 6-7-2023 03:40 PM
sapa suruh charge cleaning fee mahal sangat

rata-rata cleaning fee 1/3 or separuh harga sewa

this... skrg duduk apartment/kondo yg dieorg buat inapdesa ni pun cleaning fees rm80++ kalau duduk 3-4 ke atas berbaloi la jugak tapi kalau duduk 1-2 hari je mau yg inap tu buat pekak je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2023 03:53 PM | Show all posts
dah lama kaka suarakan penyewa neraka blacklist ctos je. patut tubuhkan persatuan pemilik hartanah. kalau nak clean rekod kena bayar ganti rugi kerosakan dan kos bersih rumah.

fact and figure 90% property owner berada dalam zon kerugian. only 10% profit or pulang modal.

70% berpunca daripada penyewa neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 03:56 PM | Show all posts
owner airbnb ni pun kadang over, charge cleaning fee tinggi pastu ehh suruh kita kemas pulak. kalau gitu dia la patut bayar ke kita cleaning fee sebab kita yang disuruhnya kemas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 04:06 PM | Show all posts
Clan204 replied at 6-7-2023 03:46 PM
this... skrg duduk apartment/kondo yg dieorg buat inapdesa ni pun cleaning fees rm80++ kalau duduk ...

kann, rate rumah 300, cleaning fee 150, pastu kena tax lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:14 PM | Show all posts
dah kalau kena bersih kan, buat apa caj cleaning/ dtg sebulan sekali?

Ni dah la kena bayar caj cleaning, tp kena bersih kemas. Caj tu pulang balik ke cane?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:17 PM | Show all posts
bynroslan replied at 6-7-2023 03:56 PM
owner airbnb ni pun kadang over, charge cleaning fee tinggi pastu ehh suruh kita kemas pulak. kalau  ...

sbb tu meols malas nak stay airbnb...on last day dia suruh kita buat kerja, buka cadar etc...lps tu still charged kita cleaning fees...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:20 PM | Show all posts
temfek la gambo

senang sikit nak elak jadi menantu ke gopren ke stock geli2 kewww
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:31 PM | Show all posts
tiber yg laki2 bujang suci dr sifat pengotor
mcm x pnh dgr plk yg laki sewa2 ni pengotor kt cari ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 04:37 PM | Show all posts
LEPAS TU MINTAK HANTARAN 20K-30K...


HAHAHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:29 PM | Show all posts
i tetap prefer hotel dari homestay airbnb segala ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:36 PM | Show all posts
sepanjang meols pernah keje hotel kan sis, bilik-bilik yang dihuni pompuan cantik terutamanya yang suka mekap tebal ni kan, bersepah dan kotor yach lepas diorang check-out. Pastu cadar ada lipstick bedak bagai. Pengotor iya..tinggal buang sampah masuk tong pun susah ke? oh, lagi satu sskjp. Dulu meols selalu reject sskjp sebab dah tahu akan bersepah. Byeee..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 6-7-2023 03:17 PM
gadis cantik memang ramai pengotor...baru kamu tahu?

Ada aje gadis cantik yg suci berseh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 6-7-2023 05:36 PM
sepanjang meols pernah keje hotel kan sis, bilik-bilik yang dihuni pompuan cantik terutamanya yang s ...

Mmg betol sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebersihan ni kan sebahagian daripada iman
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.072429 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list