Tular video di TikTok memaparkan Adlin Aman Ramli mempersoalkan tentang gelaran ustaz yang dibawa oleh seorang lelaki dikenali sebagai Ustaz Tido dalam sebuah sesi Live. Menerusi akaun @malaysiakantoi, pelakon berusia 51 tahun itu bertanyakan mengenai tahap pendidikan agama Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khailil Razak kerana dipercayai aktif menyampaikan motivasi di media sosial.
“Gelaran ustaz ni mana kau dapat? Sekolah agama mana? Sekolah rendah ke menengah? Tahap apa sekolah agama sampai bawa gelaran ni? “Apesal muka bongkak sangat? Jawablah baik-baik. Jawab cara yang bersesuaian dengan gelaran,” tanya Adlin. Ustaz Tido yang juga usahawan menjawab, dia mempunyai kelulusan sijil ‘Thanawi’ daripada sebuah sekolah agama di Johor sekali gus mengaku dirinya layak bagi membawa gelaran tersebut.
“Saya sekolah agama Johor, tak payah tahu la (nama sekolah). Thanawi… iyelah, yelah (mengiyakan gelaran),” jawabnya berselang-seli dengan pertanyaan daripada Adlin. Di ruangan komen, netizen memberikan pendapat masing-masing sama ada negatif mahupun positif berhubung gelaran yang dibawa Ustaz Tido. Walau bagaimanapun, beberapa individu mengatakan bahawa kedua-dua lelaki terbabit hanya berseloroh antara satu sama lain berdasarkan tontonan penuh siaran langsung berkenaan. Sebelum ini, seorang individu bernama Aliff Ahmad membuat satu pendedahan mendakwa bahawa Ustaz Tido bukanlah seorang ustaz sebaliknya menggunakan gelaran berkenaan sebagai ‘marketing’ bagi tujuan tertentu. -CARI
|
ADVERTISEMENT