Tular video di TikTok memaparkan seorang lelaki selamba memandu keretanya melalui lorong kecemasan ketika lebuh raya sedang sesak dengan trafik dipercayai pada musim perayaan Aidiladha. Namun belum sempat warga maya mengecam tindakan lelaki itu, tuan punya badan sendiri tampil dengan penjelasan yang membuatkan ramai terlopong.
"Okay, kepada pengguna lebuh raya yang menuju ke utara, dari susur keluar Senai hingga ke susur masuk Kulai di Johor, laluan SmartLane dibuka dari pukul 11 pagi ke 6 petang. "Dalam waktu ni, lorong kecemasan ditukarkan kepada SmartLane, semua dibenarkan lalu, maksudnya highway yang pada asalnya hanya ada dua laluan kini akan jadi tiga laluan. "Kita akan ada laluan SmartLane, lorong tengah dan lorong kanan. Ini untuk bantu kurangkan kesesakan pada waktu puncak. Boleh tengok papan tanda bila bermulanya SmartLane ni.
"Apabila nampak papan tanda yang mengatakan pengaktifan SmartLane, kita boleh masuk ke lorong kecemasan untuk memandu seperti biasa," jelas lelaki itu melalui videonya. Semakan mStar ke laman sesawang Plus Malaysia Berhad (Plus) mendapati SmartLane dibuka di lima lokasi kritikal lebuh raya pada cuti perayaan Aidiladha yang lalu bagi melancarkan aliran trafik. Pembukaan sementara lorong kecemasan itu dikuatkuasakan di tempat yang dijangka mempunyai kepadatan trafik yang tinggi dari 28 Jun hingga 2 Julai 2023. SmartLane diaktifkan di laluan di antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 - Arah Utara), Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 - Arah Utara), laluan Gua Tempurung - Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 - Arah Utara), laluan Slim River - Sungkai (KM367.3 hingga KM354.1 - Arah Utara) dan Kawasan Rehat & Rawat Rawang - Sungai Buaya (KM439.9 – KM435.5 - Arah Utara). Menurut Plus lagi, pengguna perlu masuk semula ke laluan utama apabila laluan SmartLane tamat dan pengguna dilarang untuk memandu di lorong kecemasan yang tidak diaktifkan dengan laluan SmartLane. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengatakan mereka tidak tahu-menahu mengenai program SmartLane itu dan tercengang apabila ada kenderaan yang berani menggunakan lorong kecemasan. "Serius tak perasan langsung ada laluan SmartLane ni. Baru tahu rupanya dibolehkan guna lorong kecemasan pada tempat-tempat tertentu. "Saya hari tu dengan suami ada guna SmartLane, tiba-tiba ada lori ni masuk dan block kami punya laluan. Terpaling 'hero'. Suami kena turun terangkan dekat pemandu lori tu tentang SmartLane baru dia lepaskan. "Sama dengan saya, waktu guna SmartLane tiba-tiba ada motosikal lalu tepi kami tunjuk jari tengah. Marah betul dia, terus takut kami nak guna SmartLane. Dia ingat kami ni mengelat traffic jam agaknya. "Lebuh raya kena buat kempen besar-besaran untuk beritahu orang tentang SmartLane ni atau letak papan tanda yang lebih besar untuk maklumkan orang ramai tentangnya," kata sebilangan warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
jejaka_hensem replied at 6-7-2023 09:48 AM
Macam mana nak tahu,dah asyik layan tiktok je keje.
yang tua2 pun sama,layan tiktok.malu iols t ...
otai_g replied at 6-7-2023 10:55 AM
Itu namanya org tua buang tabiat. Dah rindu Bau tanah agaknya..
jejaka_hensem replied at 6-7-2023 01:11 PM
Aku yg muda ni pun xde tiktok.malu kot tengok org2 tua layan tiktok dekat airport,dekat kedai maka ...
jejaka_hensem replied at 6-7-2023 09:48 AM
Macam mana nak tahu,dah asyik layan tiktok je keje.
yang tua2 pun sama,layan tiktok.malu iols t ...
ADVERTISEMENT