CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2002|Reply: 20

Terpaling Hero Pemandu Lori Sekat Kereta Lalu Lorong Kecemasan, "Tak Tahu Ke Boleh Lalu Sebab Smartlane?"

[Copy link]
Post time 6-7-2023 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Tular video di TikTok memaparkan seorang lelaki selamba memandu keretanya melalui lorong kecemasan ketika lebuh raya sedang sesak dengan trafik dipercayai pada musim perayaan Aidiladha.


Namun belum sempat warga maya mengecam tindakan lelaki itu, tuan punya badan sendiri tampil dengan penjelasan yang membuatkan ramai terlopong.


Foto: mStar




"Okay, kepada pengguna lebuh raya yang menuju ke utara, dari susur keluar Senai hingga ke susur masuk Kulai di Johor, laluan SmartLane dibuka dari pukul 11 pagi ke 6 petang.


"Dalam waktu ni, lorong kecemasan ditukarkan kepada SmartLane, semua dibenarkan lalu, maksudnya highway yang pada asalnya hanya ada dua laluan kini akan jadi tiga laluan.


"Kita akan ada laluan SmartLane, lorong tengah dan lorong kanan. Ini untuk bantu kurangkan kesesakan pada waktu puncak. Boleh tengok papan tanda bila bermulanya SmartLane ni.


"Apabila nampak papan tanda yang mengatakan pengaktifan SmartLane, kita boleh masuk ke lorong kecemasan untuk memandu seperti biasa," jelas lelaki itu melalui videonya.


Semakan mStar ke laman sesawang Plus Malaysia Berhad (Plus) mendapati SmartLane dibuka di lima lokasi kritikal lebuh raya pada cuti perayaan Aidiladha yang lalu bagi melancarkan aliran trafik.


Pembukaan sementara lorong kecemasan itu dikuatkuasakan di tempat yang dijangka mempunyai kepadatan trafik yang tinggi dari 28 Jun hingga 2 Julai 2023.


SmartLane diaktifkan di laluan di antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban (KM260.0 hingga KM263.1 - Arah Utara), Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai (KM19.0 hingga KM27.0 - Arah Utara), laluan Gua Tempurung - Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 - Arah Utara), laluan Slim River - Sungkai (KM367.3 hingga KM354.1 - Arah Utara) dan Kawasan Rehat & Rawat Rawang - Sungai Buaya (KM439.9 – KM435.5 - Arah Utara).


Menurut Plus lagi, pengguna perlu masuk semula ke laluan utama apabila laluan SmartLane tamat dan pengguna dilarang untuk memandu di lorong kecemasan yang tidak diaktifkan dengan laluan SmartLane.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengatakan mereka tidak tahu-menahu mengenai program SmartLane itu dan tercengang apabila ada kenderaan yang berani menggunakan lorong kecemasan.


"Serius tak perasan langsung ada laluan SmartLane ni. Baru tahu rupanya dibolehkan guna lorong kecemasan pada tempat-tempat tertentu.


"Saya hari tu dengan suami ada guna SmartLane, tiba-tiba ada lori ni masuk dan block kami punya laluan. Terpaling 'hero'. Suami kena turun terangkan dekat pemandu lori tu tentang SmartLane baru dia lepaskan.


"Sama dengan saya, waktu guna SmartLane tiba-tiba ada motosikal lalu tepi kami tunjuk jari tengah. Marah betul dia, terus takut kami nak guna SmartLane. Dia ingat kami ni mengelat traffic jam agaknya.


"Lebuh raya kena buat kempen besar-besaran untuk beritahu orang tentang SmartLane ni atau letak papan tanda yang lebih besar untuk maklumkan orang ramai tentangnya," kata sebilangan warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko xpyh ckp senai ker apa..kat kl tuh pun sama rmi xnmpk signboard kat tepi laluan kecemasan dibuka untuk sekian2. Smpi kena letak org kat situ tuk kabir2 panggil pengguna guna lorong.bila kami guna, ada plak bangang g blok
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:40 AM | Show all posts
I aware je pasal SmartLane ni masa balik raya. Tapi jujurnya sebab I tak nak kena honk dengan motor yang tak tau hujung pangkal and kena viral tak pasal2 oleh netizen so I redho dan pasrah ikut lane biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
"Sama dengan saya, waktu guna SmartLane tiba-tiba ada motosikal lalu tepi kami tunjuk jari tengah. Marah betul dia, terus takut kami nak guna SmartLane. Dia ingat kami ni mengelat traffic jam agaknya.



.......yg mat rempit tunjuk mid finger dh knp? Moto pun x blh ikut emergency lane klau ikut undang2
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana nak tahu,dah asyik layan tiktok je keje.
yang tua2 pun sama,layan tiktok.malu iols tengok pakcik2 tua layan tiktok menari2,dgn sekuat2 alam dia bukak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 6-7-2023 09:48 AM
Macam mana nak tahu,dah asyik layan tiktok je keje.
yang tua2 pun sama,layan tiktok.malu iols t ...

Itu namanya org tua buang tabiat. Dah rindu Bau tanah agaknya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2023 11:18 AM | Show all posts
Ucari mro ni tak up to date ke. Keluar cerita lama kat isu semasa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 12:09 PM | Show all posts
ramai yg tak alert smart lane ni, sbnrnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Majoriti x tau pasal ni sbb tu yg tau pun takut nak guna smartlane sbb confirm org yg x tau tu akan marah org pkai smartlane ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 12:29 PM | Show all posts
Kat KL/Selangor ni walaupun aku tau ada smart lane ni tapi aku tak nak guna. Dapat kat mangkak2 yg baru keluar gua, jenis batak like tak pasal2 kena viral satu dunia. Siap reveal detail nama, alamat tinggal, keje mana semua. Memang lahanat org2 camni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 6-7-2023 10:55 AM
Itu namanya org tua buang tabiat. Dah rindu Bau tanah agaknya..

Aku yg muda ni pun xde tiktok.malu kot tengok org2 tua layan tiktok dekat airport,dekat kedai makan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 6-7-2023 01:11 PM
Aku yg muda ni pun xde tiktok.malu kot tengok org2 tua layan tiktok dekat airport,dekat kedai maka ...

Setakat tgk video TikTok je tade hal. Bnyk video2 informasi dlm tu jgk.

Tp kalo video berjoget, bg penyepak je sedas. Br sel2 otak tu berhubung.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 01:29 PM | Show all posts
jejaka_hensem replied at 6-7-2023 09:48 AM
Macam mana nak tahu,dah asyik layan tiktok je keje.
yang tua2 pun sama,layan tiktok.malu iols t ...

Dah tau macam tu buatlah hebahan kat Tiktok bukan marah orang layan Tiktok.

Aku pun takde Tiktok, fb, insta semua tapi I won't criticise others who do. You can't control the world no matter how much you hate certain things.

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 02:29 PM | Show all posts
plus kne war warkan bende ni sbb yg tau pun takut nak guna sbb bende2 ginila
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
nk selamat jgn guna emergency lane...tak semua orang aware mengenai semaklane ni...Plus pun satu tak iklankan dengab serius mengenai penggunaan semaklane ni... iollz sendiri pun tak taw kt kilometer mana actually dia start... so iollz maafkan driver lori tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau plus rasa smartlane ni bagus boleh kurangkan kesesakan time musim cuti kena la buat buat signboard yg jelas bagi org nampak n kena buat byk2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 6-7-2023 03:07 PM

Masa bawak motor kat highway pung mula2 marah jugek membebel2 dgn kereta yg masok lorong kecemasan ni tapi takdelah haku tendang atau tunjok jari tengah, that's so not me my hokkay huntok tunjok samseng rempitanzz, cuma semenjak tahu ada Smartlane maka buat biasa aja relaksss sudeh.


Tapi, tetaplah puaka jahanam laknat pemandu kete yg masok lorong kecemasan sesuka najis babiss dia jahh tak kira waktu dan luar waktu pengaktifan, dan yang lebih iblis bila duk himpit2 kita yg bawak motor ni, especially ummah Temasek yg bawak keta serope babiss terlepas keluar kandang dari tanah sebesor kandang lumpor babisss! Moga masok gaung yachhh!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 03:46 PM | Show all posts
cop.. smartlane ni.. klu tetiba ada ambulan nak lalu.. mcmn..?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2023 08:38 AM | Show all posts
hahahaha abg lori expct akan kna puji rupanyaaa lagi kena keji
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2023 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Signboard utk smartlane ni ada byk sepanjang laluan tu..alert dgn x je sebenarnya. Memang ada pun yg acah2 halang laluan tu. Paling best sebab ramai x berani nak ikut..lane ni jadi sgt smooth.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048612 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list