Anak kini dibekalkan sekurang-kurangnya RM10 sehari bagi wang saku persekolahan berikutan kenaikan pelbagai kos makanan di kantin-kantin sekolah terutama di kawasan bandar. Ia belum mengambil kira wang saku yang perlu diberikan kepada anak-anak untuk menghadiri sekolah agama ataupun kelas tambahan setiap hari.
Ini bermakna, ibu bapa yang mempunyai tiga orang anak bersekolah perlu membelanjakan sekitar RM800 hingga RM1,000 setiap bulan bagi keperluan wang saku anak masing-masing. Secara puratanya, setiap murid terutama yang berada di sekolah rendah akan menghabiskan antara RM5 hingga RM8 bagi membeli makanan dan minuman pada waktu rehat, manakala baki wang saku itu biasanya dihabiskan untuk membeli makanan ringan yang dijual di luar sekolah. Antara jenis makanan yang biasa dibeli oleh murid-murid di kantin sekolah ialah nasi lemak ayam goreng yang dijual pada harga RM3 hingga RM4, nasi goreng ayam (RM3 – RM5), bihun goreng telur (RM3), air kotak (RM1.50), milo dan teh ais (RM2 – RM3) serta kuih-muih (RM0.50 – RM1).
Seorang ibu yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta, Juliana Mie, 41, berkata, perbelanjaan minimum untuk wang saku bagi empat anaknya iaitu masing-masing dua bersekolah rendah dan menengah adalah kira-kira RM1,240 sebulan. Katanya, anggaran perbelanjaan harian untuk anak yang bersekolah rendah adalah RM5 hingga RM8 sehari, manakala RM10 hingga RM15 untuk yang berada di sekolah menengah. “Duit poket itu belum termasuk belanja makan ke sekolah agama atau kelas tambahan termasuk jika ada progam kokurikulum. “Memang terasa sungguh kos belanja bulanan anak-anak dan jumlah itu sebenarnya sudah menyamai kadar sewa bulanan bagi sebuah rumah pangsapuri kos sederhana di Pulau Pinang,” katanya. Sumber: Kosmo! Online
|
hudalarva replied at 5-7-2023 07:39 PM
if u malas nak sediakan bekal... hadaplah harga kantin dan segala jajan2 tu... tak creative dah pare ...
faraway1 replied at 5-7-2023 07:56 PM
Kaya betul orang Malaysia.
My daughter tetiap hari bawa bekal kecuali hari Khamis dan Jumaat sebab ...
Buritan replied at 5-7-2023 08:17 AM
Bagus hang.. aku pepagi gigih masak . Anak aku melantak waktu pagi dah . Masa rehat lepaak pusat s ...
faraway1 replied at 5-7-2023 09:34 PM
Me balik kerja malam, terus buat bekal anak bila sampai rumah.
Takda fancy jenis cepat dibuat a ...
Suchi replied at 5-7-2023 10:22 PM
Anak iols hari2 bawak bekal tp duit belanja rm5 abis gak hari2 sbb shopping kat stationery shop.
RM2 ...
ADVERTISEMENT