CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3893|Reply: 118

Budak Sekolah Sekarang Belanja RM10 Hingga RM15 Sehari

[Copy link]
Post time 5-7-2023 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Anak kini dibekalkan sekurang-kurangnya RM10 sehari bagi wang saku persekolahan berikutan kenaikan pelbagai kos makanan di kantin-kantin sekolah terutama di kawasan bandar.


Ia belum mengambil kira wang saku yang perlu diberikan kepada anak-anak untuk menghadiri sekolah agama ataupun kelas tambahan setiap hari.




Gambar hiasan




Ini bermakna, ibu bapa yang mempunyai tiga orang anak bersekolah perlu membelanjakan sekitar RM800 hingga RM1,000 setiap bulan bagi keperluan wang saku anak masing-masing.


Secara puratanya, setiap murid terutama yang berada di sekolah rendah akan menghabiskan antara RM5 hingga RM8 bagi membeli makanan dan minuman pada waktu rehat, manakala baki wang saku itu biasanya dihabiskan untuk membeli makanan ringan yang dijual di luar sekolah.


Antara jenis makanan yang biasa dibeli oleh murid-murid di kantin sekolah ialah nasi lemak ayam goreng yang dijual pada harga RM3 hingga RM4, nasi goreng ayam (RM3 – RM5), bihun goreng telur (RM3), air kotak (RM1.50), milo dan teh ais (RM2 – RM3) serta kuih-muih (RM0.50 – RM1).


Seorang ibu yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta, Juliana Mie, 41, berkata, perbelanjaan minimum untuk wang saku bagi empat anaknya iaitu masing-masing dua bersekolah rendah dan menengah adalah kira-kira RM1,240 sebulan.


Katanya, anggaran perbelanjaan harian untuk anak yang bersekolah rendah adalah RM5 hingga RM8 sehari, manakala RM10 hingga RM15 untuk yang berada di sekolah menengah.


“Duit poket itu belum terma­suk belanja makan ke sekolah agama atau kelas tambahan termasuk jika ada progam kokurikulum.


“Memang terasa sungguh kos belanja bulanan anak-anak dan jumlah itu sebenarnya sudah menyamai kadar sewa bulanan bagi sebuah rumah pangsapuri kos sederhana di Pulau Pinang,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 07:39 PM | Show all posts
if u malas nak sediakan bekal... hadaplah harga kantin dan segala jajan2 tu... tak creative dah parents jaman now ni... tau tabur duit pastu complaint?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 07:56 PM | Show all posts
Kaya betul orang Malaysia.

My daughter tetiap hari bawa bekal kecuali hari Khamis dan Jumaat sebab balik rumah makan.

No duit belanja
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak berbelanja ajarlah anak berpuasa Isnin Khamis
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca keluhan ni rasa bersyukur pula aku tiada anak. Anak anak adalah amanah dan ujian. Even jaga budak pun dah rasa stress inikan yang hadap hari hari. 6 anak 6 jenis fiil. Semoga Allah mudahkan urusan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik kaka cikgu. Hari2 anak kaka pau adik kaka. Senang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak je la bekal..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank-anak iols nk bekal xnk beli. Dorg bg list je nk mkn apa so bwk duit spare je singgit 2 letak dlm bag kot la bag bekal tercicir kemana.. kalau renyah mlm before tdo prepare dlu apa patut, kalau frozen thaw dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
hudalarva replied at 5-7-2023 07:39 PM
if u malas nak sediakan bekal... hadaplah harga kantin dan segala jajan2 tu... tak creative dah pare ...

Bawak aje laa bekal.. aku pi ptrjy presint 8 ,hari tuu.. kat medan selera tuu.. penuh budak.. mmg sorg sorg abis dlm rm20.. Ade yg angkut tealive ke stabak kee..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 5-7-2023 07:56 PM
Kaya betul orang Malaysia.

My daughter tetiap hari bawa bekal kecuali hari Khamis dan Jumaat sebab  ...

Bagus hang.. aku pepagi gigih masak . Anak aku melantak waktu pagi dah . Masa rehat lepaak pusat sumber.. balik tghari melantak kat rumah .

Kalo aku JD cikgi mgkin tak dpt buat mcm skrglaa.. ye laa dah terkejat sana sini sinun.. rasanya mak mak kena duk rumahlaa . Baru terurus.. baru org kntin tuu turun rege..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:34 PM | Show all posts
Buritan replied at 5-7-2023 08:17 AM
Bagus hang.. aku pepagi gigih masak . Anak aku melantak waktu pagi dah . Masa rehat lepaak pusat s ...



Me balik kerja malam, terus buat bekal anak bila sampai rumah.

Takda fancy jenis cepat dibuat anak makan.

Ni hari ni untuk day summer camp, sandwich smoke meat buahan yogurt cheese.. Oklah kenyang sampai jam 4 petang...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols hari2 bawak bekal tp duit belanja rm5 abis gak hari2 sbb shopping kat stationery shop.
RM2 dia bagi kwan dia hari2.
Iols tanak bagi duit belanja tp dia nangis plak sbb nk shopping beli benda mengarut kat kedai buku tu lerr.
Asalnya mmg bg rm3 je utk standby kot2 dia berasa nk membeli apa2 kt sekolah. Ujung2 kena bg hari2 plak tu pastu nk rm5.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:25 PM | Show all posts
Edited by brego at 5-7-2023 10:27 PM

loaded eks budak2 sekarang nih
cukup makan, serbi serbi ada

aku dulu sekolah menengah belanja cuma 20sen
buat beli jajan kopok sayur, makan ramai2 dengan member
lepak atas bangku simen bawah pokok di hujung padang,
sambil bergossip

bila bunyi loceng, otw ke kelas,
kasi togok air paip kasi hilang dahage

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 5-7-2023 09:34 PM
Me balik kerja malam, terus buat bekal anak bila sampai rumah.

Takda fancy jenis cepat dibuat a ...

Iols perasan kalau tgk movie omputeh depa mmg prep bekal utk lunch esoknya adalah pd mlm tu.
Pastu simpan dlm chiller ke? Nnt kat sekolah bebudak ni panaskan ke bekal dorang tu atau mmg mkn roti sejuk la ye?

Iols ni gigihla tiap pg siapkan bekal anak, simple2 je sbb anak takmo mkn nasi kat sekolah. Blk umah baru nk mkn jd jenuh gakla hari2 mikir finger food apa yg sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank2 aku dl every monday kasi sorang rm50
Pandai2 la manage duit tu utk seminggu tu
Bekal pun ada bawa
Tp sekolah sampai pkl 3 lbh, lps tengahari nak kena lunch pula
Itu yg kena ada duit poket tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku topap ewallet ank aku sebulan 100.Pndai2 dia la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 10:59 PM | Show all posts
Suchi replied at 5-7-2023 10:22 PM
Anak iols hari2 bawak bekal tp duit belanja rm5 abis gak hari2 sbb shopping kat stationery shop.
RM2 ...

Kenapa dia bagi kawan dia duit?
Tetiap hari pulak tu? Kalau zaman iolss dulu, bagi duit kat Bendahari je la. Untuk duit kelas. Tu pun seminggu sekali je kot.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkos betul budak skrg sbb mak pak bekerja, rumah xde pokok rambutan ciku tebu papaya nanas ovum kelapa
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:04 PM | Show all posts
Iolss faham, maybe ada parents yg tak sempat nak siapkan bekal. Tapi air tu tak yah la beli. Bawa air kosong dari rumah je. Kalau nak minum air manis bancuh sesiap dari rumah. Tak pun borong la air kotak satu carton tu kat Speedmart.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Standsrd lah tu. Aku pun kasi rm10-15 untuk sehari belanja.. skali dgn kelas agama petang kan... balik skolah my son & nephews lapar lg so mmg kena provide makan petang, sbb diorang nak keluar bermain waktu petang lepas asar tu..

Nnti dinner lagi makan another set of meal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.070727 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list