CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Berani Dedah Simpanan RM300k Lesap Buat Main Judi Online, Jatuh Terduduk Selepas Bankrap

5-7-2023 07:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1737| Komen: 19

Seorang lelaki berani membuat pengakuan pengalamannya bankrap selepas wang simpanan hampir RM300,000 lesap gara-gara judi online.

Dedahnya, dia yang dikenali sebagai Pok Teh mula melibatkan diri dengan permainan tersebut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara sehingga merencatkan semua industri termasuklah perniagaan yang diusahakannya. 




Disebabkan ‘terkurung’ di rumah, Pok Teh mengakui mula berjinak bermain judi online yang pada awalnya hanya bermula dengan modal serendah RM50.

Lama-kelamaan, wang diperolehnya bertambah selepas menaikkan modal ‘top up’ sebanyak RM200 dengan pulangan bernilai RM1,000. 

Dia kemudian memberanikan diri mengeluarkan modal tinggi bernilai RM3,000 dengan harapan mendapat pulangan besar, namun semuanya sia-sia apabila wang miliknya hangus begitu sahaja.


Gambar hiasan

Keadaan lebih memburuk apabila lelaki itu membuat pinjaman ah long tetapi tidak mampu membayar semula dan kini menjadi buruan ceti haram.

Bukan itu sahaja, namanya juga sudah disenarai hitam oleh bank. 



Sedar dengan kesilapan yang dilakukannya, Pok Teh memberi pesanan kepada masyarakat agar tidak menjebakkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah tersebut.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 5-7-2023 07:15 PM
mulayu isle ke tuuu?
Quote Buritan 5-7-2023 09:09 PM
Kitty_catz: mulayu isle ke tuuu?



Aah mulayu islee... Mcm sskjp.. haru kena kejo along lg
Quote Buritan 5-7-2023 09:10 PM
Ayat tulis last tu rm3 k .mana dtgg 300k
Quote laqoyah 5-7-2023 10:14 PM
Quote laqoyah 5-7-2023 10:14 PM
Quote laqoyah 5-7-2023 10:16 PM
Quote _blackbird 6-7-2023 12:16 AM
Ok la kurang2 dia ngaku main judi. Nasib dia tak tuduh2 dia kena hack mcm acik @Bipolajourney
Quote apalancut 6-7-2023 12:45 AM
_blackbird replied at 6-7-2023 12:16 AM
Ok la kurang2 dia ngaku main judi. Nasib dia tak tuduh2 dia kena hack mcm acik @Bipolajourney : ...

signature tu boleh tambah dah 1 lagi.. no.4 judi online kuda dan spin hahaha



Quote BumpIQ 6-7-2023 02:26 AM
_blackbird replied at 5-7-2023 04:16 PM
Ok la kurang2 dia ngaku main judi. Nasib dia tak tuduh2 dia kena hack mcm acik @Bipolajourney : ...

Kan wakakakakaka.

Kurang2 dia mengaku dan bagi pengajaran dekat orang lain.

Bukan menuduh orang hacker tapi diri sendiri tak nak ambil pengajaran tukar telefon dan membodohkan diri.
Quote _blackbird 6-7-2023 11:10 AM
BumpIQ replied at 6-7-2023 02:26 AM
Kan wakakakakaka.

Kurang2 dia mengaku dan bagi pengajaran dekat orang lain.

si mek yanti @Bipolajourney yantism sindrom kecelaruan mental pelbagai cabang tu mmg dah takda harapan. kita doakan saja kematian beliau cepat dan pantas. semoga roh beliau dicucurkan menu rahmah
Quote rikiruj 6-7-2023 11:36 AM
Masa muda2 zaman jahiliah dulu rajin gak ikut kawan gi main mesin judi kuda / itik bawak karung. Tapi nasib jugak aku jenis ada letak max for the day.. selalunya aku put aside RM5.. kalau habis, habislah dan berhenti for the day.. jarang sangat aku top up, kalau ada pun boleh kira dengan jari up sampai RM20 itupun masa ada duit lebih… ye la time tu gaji kecik.  Ada jugak menang sampai RM100 tapi without fail, end of the day bawak balik habuk.  Kawan aku hmm jangan cakap.. setakat RM100 habis tiap kali visit kira biasa, ada gak pernah dia hangus 1k satu malam.. lepas habis main gi minum dia macam orang tak keruan.. termenung, orang tanya pun terkebil2.. macam ayam berak kapur.  Tapi dia pernah gak bawak balik kemenangan sampai RM500.. dia punya kecoh padahal total loss throughout visit tah berapa kali ganda.. hu hu.. judi ni dia punya ikat lain macam.. especially bila loss to dah melebihi threshold yg ko boleh accept.. so berhati2 lah..
Quote otai_g 6-7-2023 11:42 AM
Keje apa ni smpi ada duit simpanan 300k?

Quote green~tea 6-7-2023 01:43 PM
rikiruj replied at 6-7-2023 11:36 AM
Masa muda2 zaman jahiliah dulu rajin gak ikut kawan gi main mesin judi kuda / itik bawak karung. Tap ...


Tak pernah lg i dengar org judi dpt bawak balik untung.. mostly rugi aje...

Ex husband auntie i ada sorg kaki judi.. heols keje gomen... dia pernah hutang CC sampai 30k (masa tu 1990an, so 30K is A LOT)... pernah dengar dia menang judi tp stakat i nampak dia belanja KFC je anak2 dia makan... i tak sentuh walau terliur sbb itu hasil judi, nenek i dah sound awal2 jgn usik...
Quote apech 6-7-2023 02:50 PM
green~tea replied at 6-7-2023 01:43 PM
Tak pernah lg i dengar org judi dpt bawak balik untung.. mostly rugi aje...

Ex husband auntie i  ...

Aku dah pesan awal2 kalau nak berlibur/shopping/belanja aku guna duit judi, jual babi, jual perempuan boleh tp dgn syarat jgn bagitau.


haa agittew
Quote chiyoasuka 1-8-2023 07:13 AM
Judi manada untung... rugi adalah
Quote ina_na 1-8-2023 07:21 AM
Senang ke blh berhenti dr berjudi..kwn aku sampai cerai berai sbb ni la..dgn taik judi nye,dgn mendadih nye..bl x de duit kwn aku jd mangsa..pd aku org berjudi ni bodo je..ko keluar lebih banyak dr yg ko menang..menang rm100 dah dah lost tu beribu2.. sanggup anak bini kebulur x bg makan demi nk ke Judi Tu .tp ye la org kata seronok berjudi ni..X tau la..x penah terlibat sbb rs rugi sgt2.. semoga anak2 kita dijauhkan dr perangai membazir mcm ni..baik p makan2 duit yg abis berjudi tu
Quote ninja boy 1-8-2023 08:57 AM
Judi itu haram, 300k simpan asb dpt 12k
Quote totokreturn. 1-8-2023 09:08 AM

ramai kena kelentong dgn content creator tiktok ni, termasuk la aku, mula2 dia buat video kat tiktok dok kutip kotak la, jual air balang la, lepas tu dok citer pasal main judi la bagai. Memang la bagus dia nak buat awarness, tapi bila lama2 rasa meluat pun ada juga, dok tunjuk duit berkepuk2 pulak, keta itu keta ini, last-last sebenarnya keja dia nak bagi naik follower kat tiktok dia je
Quote brego 1-8-2023 09:14 AM
chiyoasuka replied at 1-8-2023 07:13 AM
Judi manada untung... rugi adalah

adaaaa
tapi kena genius matematik
kena ada strategi

kisah benar, tengok movie
Jerry & Marge Go Large


[youtube]felYigA6eVw[/youtube]

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044496 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top