Seorang lelaki berani membuat pengakuan pengalamannya bankrap selepas wang simpanan hampir RM300,000 lesap gara-gara judi online.
Dedahnya, dia yang dikenali sebagai Pok Teh mula melibatkan diri dengan permainan tersebut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara sehingga merencatkan semua industri termasuklah perniagaan yang diusahakannya.
Disebabkan ‘terkurung’ di rumah, Pok Teh mengakui mula berjinak bermain judi online yang pada awalnya hanya bermula dengan modal serendah RM50.
Lama-kelamaan, wang diperolehnya bertambah selepas menaikkan modal ‘top up’ sebanyak RM200 dengan pulangan bernilai RM1,000.
Dia kemudian memberanikan diri mengeluarkan modal tinggi bernilai RM3,000 dengan harapan mendapat pulangan besar, namun semuanya sia-sia apabila wang miliknya hangus begitu sahaja.
Gambar hiasan
Keadaan lebih memburuk apabila lelaki itu membuat pinjaman ah long tetapi tidak mampu membayar semula dan kini menjadi buruan ceti haram.
Bukan itu sahaja, namanya juga sudah disenarai hitam oleh bank.
Sedar dengan kesilapan yang dilakukannya, Pok Teh memberi pesanan kepada masyarakat agar tidak menjebakkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah tersebut.
Kurang2 dia mengaku dan bagi pengajaran dekat orang lain.
si mek yanti @Bipolajourney yantism sindrom kecelaruan mental pelbagai cabang tu mmg dah takda harapan. kita doakan saja kematian beliau cepat dan pantas. semoga roh beliau dicucurkan menu rahmah
Masa muda2 zaman jahiliah dulu rajin gak ikut kawan gi main mesin judi kuda / itik bawak karung. Tapi nasib jugak aku jenis ada letak max for the day.. selalunya aku put aside RM5.. kalau habis, habislah dan berhenti for the day.. jarang sangat aku top up, kalau ada pun boleh kira dengan jari up sampai RM20 itupun masa ada duit lebih… ye la time tu gaji kecik. Ada jugak menang sampai RM100 tapi without fail, end of the day bawak balik habuk. Kawan aku hmm jangan cakap.. setakat RM100 habis tiap kali visit kira biasa, ada gak pernah dia hangus 1k satu malam.. lepas habis main gi minum dia macam orang tak keruan.. termenung, orang tanya pun terkebil2.. macam ayam berak kapur. Tapi dia pernah gak bawak balik kemenangan sampai RM500.. dia punya kecoh padahal total loss throughout visit tah berapa kali ganda.. hu hu.. judi ni dia punya ikat lain macam.. especially bila loss to dah melebihi threshold yg ko boleh accept.. so berhati2 lah..
Post time 6-7-2023 01:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
rikiruj replied at 6-7-2023 11:36 AM
Masa muda2 zaman jahiliah dulu rajin gak ikut kawan gi main mesin judi kuda / itik bawak karung. Tap ...
Tak pernah lg i dengar org judi dpt bawak balik untung.. mostly rugi aje...
Ex husband auntie i ada sorg kaki judi.. heols keje gomen... dia pernah hutang CC sampai 30k (masa tu 1990an, so 30K is A LOT)... pernah dengar dia menang judi tp stakat i nampak dia belanja KFC je anak2 dia makan... i tak sentuh walau terliur sbb itu hasil judi, nenek i dah sound awal2 jgn usik...
Post time 1-8-2023 07:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Senang ke blh berhenti dr berjudi..kwn aku sampai cerai berai sbb ni la..dgn taik judi nye,dgn mendadih nye..bl x de duit kwn aku jd mangsa..pd aku org berjudi ni bodo je..ko keluar lebih banyak dr yg ko menang..menang rm100 dah dah lost tu beribu2.. sanggup anak bini kebulur x bg makan demi nk ke Judi Tu .tp ye la org kata seronok berjudi ni..X tau la..x penah terlibat sbb rs rugi sgt2.. semoga anak2 kita dijauhkan dr perangai membazir mcm ni..baik p makan2 duit yg abis berjudi tu
ramai kena kelentong dgn content creator tiktok ni, termasuk la aku, mula2 dia buat video kat tiktok dok kutip kotak la, jual air balang la, lepas tu dok citer pasal main judi la bagai. Memang la bagus dia nak buat awarness, tapi bila lama2 rasa meluat pun ada juga, dok tunjuk duit berkepuk2 pulak, keta itu keta ini, last-last sebenarnya keja dia nak bagi naik follower kat tiktok dia je