CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terseret Dengan Motor Lepas Dilanggar Kereta Tukar Lorong Sebelum Dilanggar Lori Pula

4-7-2023 08:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2235| Komen: 44

Seorang penunggang motosikal maut dilangar sebuah lori selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 13, Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) menghala ke Ampang, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian pukul 9.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.



Mangsa disahkan meninggal dunia selepas kemalangan dengan sebuah kereta dan lori di Kilometer 13, MRR2 menghala ke Ampang, Gombak, hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia 20 tahun berada lorong tengah dari arah Batu Caves menghala Ampang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, telah datang sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 48 tahun dari lorong paling kanan.

“Pemandu tersebut dipercayai telah mengubah laluan masuk ke lorong tengah dan telah terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Noor Ariffin, akibat daripada kemalangan itu, mangsa telah terseret bersama motosikalnya ke lorong kiri dan telah dilanggar sebuah lori.

“Lori tersebut dipandu lelaki tempatan berusia 45 tahun ketika berada di lorong kiri jalan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Selayang.

“Pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556

“Atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 4-7-2023 08:57 PM
Boleh tak penunggang motor ni jgn la duk lane tgh2....serius , susah kereta nk lalu..

Bg kes ni perempuan umur 48 yg bawak keta merc ni tolongla sebelum tukar lorong tu hati2..panjangkan leher untuk elak blind spot atau terlanggar kenderaan lain...
Quote Buritan 4-7-2023 09:00 PM
Sian.. muda muda dah kembali ke negara abadi.... Moga syurga buatmu
Quote Thunderclouds 4-7-2023 09:31 PM
Edited by Thunderclouds at 4-7-2023 09:32 PM

GLA tu kompom main tukaq lorong xbg signal.
Bpa byk dash cam dh tgk kalo lggaq moto time tukaq lorong kete xbg signal
Kalo bg pon main tukaq melulu.
Quote Thunderclouds 4-7-2023 09:38 PM
noor2 replied at 4-7-2023 08:57 PM
Boleh tak penunggang motor ni jgn la duk lane tgh2....serius , susah kereta nk lalu..

Bg kes ni per ...

Aku suka follow dekat².
Nnt dia lari sendri. Tau takut.
Kita main tukaq² lorong kerapp sgt pon bahaya jugak.
Quote hudalarva 4-7-2023 10:17 PM
kesian budak tu... org pakai kereta besar2 ni selalunya otak is missing time driving... selalu sangat i tgk main tukar lane tak bagi signal... dan kereta diorg bukan cikai2 ye...
Quote Kurex 4-7-2023 10:20 PM
Sebab tu iols rengsa kalau jumpa pemandu pompuan lagi2 pompuan cina
Quote bunnyj3lly 4-7-2023 10:36 PM
Kalau melibatkan kematian mcm ni, lesen kena gantung kan?
Quote Lolalala 4-7-2023 10:41 PM
bunnyj3lly replied at 4-7-2023 10:36 PM
Kalau melibatkan kematian mcm ni, lesen kena gantung kan?

Aritu sepupu terlanggar apek tua naik beskal kat kampung kat jalan berbukit, dibatalkan lesen. Kena tunggu setahun kot baru boleh apply semula dari A-z.
Quote bunnyj3lly 4-7-2023 10:58 PM
Lolalala replied at 4-7-2023 10:41 PM
Aritu sepupu terlanggar apek tua naik beskal kat kampung kat jalan berbukit, dibatalkan lesen. Ken ...

Apek mati ke? Oh no..

Anyway.. batal lesen means lepas tempoh menunggu tu, dia kena masuk kelas memandu balik betul tak? Wow wow wow
Quote Lolalala 4-7-2023 11:03 PM
bunnyj3lly replied at 4-7-2023 10:58 PM
Apek mati ke? Oh no..

Anyway.. batal lesen means lepas tempoh menunggu tu, dia kena masu ...

Yes mati apek tu. Apek tua x kawen, bawak beskal memang melelong. Tapi dah nasib sepupu tu laaa dapat merasa pengalaman "ngeri". Dia otw nak ke sekolah f6 masa tu. Duduk kg dan sekolah agak jauh, mmg kena naik kereta juga.  Lepas habis tempoh batal lesen, dia kena masuk kelas balik semua. Amik L pastu P
Quote CariMalay 4-7-2023 11:18 PM
Edited by CariMalay at 4-7-2023 11:29 PM

Seram lak tengok gambar. Keadaan dia meninggal dunia kita dah nampak dan tau. Tapi agak2 camne la pulak rupa keadaan aku masa mati nanti, nak sangat tau aku mati sebab apa, sakit sebab apa, pada umur berapa, pada tahun bila, pada tarikh apa, mati kat mana, tapi semuanya rahsia.

Kalau aku mampu nampak diri sendiri masa tengah ambang sakaratul maut then mati, mesti menggigil seluruh badan sebab terlalu takut.
Quote bunnyj3lly 4-7-2023 11:21 PM
Lolalala replied at 4-7-2023 11:03 PM
Yes mati apek tu. Apek tua x kawen, bawak beskal memang melelong. Tapi dah nasib sepupu tu laaa da ...



Bertabahlah.. udohler muda remaja lagi.. ada kawan iols, tipsy katanya time driving, siden jugak langgar orang mati, dia terus tak drive ever since. I lupa nak tanya apa jadi dgn lesen dia masa dia cerita tu. Sampai sudah gaji berpuluh ribu pun sanggup sewa rumah dekat level jalan kaki pegi opis. Kemana-mana memang grab jelah. Mujur dia introvert. Single yaaaa... Hahaha
Quote primarikey 4-7-2023 11:29 PM
Semoga pemandu wanita yg melanggar itu dihantui perasaan bersalah dan ketakutan seumur hidup....patut ko yg mati...bkn adik tu
Quote MissVixen 4-7-2023 11:48 PM
Ni mesti tukar lorong pakai niat je. Pemalas nak bagi signal. Bengap nak mampos. Bila kena hon, triggered. Betina atau jantan sama je.
Quote Antifake 5-7-2023 05:39 AM
hudalarva: kesian budak tu... org pakai k ...
ya betul. Sat lagi kalau masuk court berduyun2 la peguam x kira ras nak bekap perempuan tu
Quote Antifake 5-7-2023 05:41 AM
MissVixen replied at 4-7-2023 11:48 PM
Ni mesti tukar lorong pakai niat je. Pemalas nak bagi signal. Bengap nak mampos. Bila kena hon, trig ...

Kannn. Ai hon pon orang pandang samada macam samseng atau buat muka tembok. Agak orang Malaysia ni kat atas jalan kena ada ilmu psychic kot .. baca fikiran mereka..
Quote sambaldurian 5-7-2023 07:12 AM
Kereta tu mungkin 'blind spot' - aku kdg2 pelik sebaik bg signal asal tukar laluan, tgh otw nk tukar kereta dh masuk lane lain, baru nmpak ada motor. Tgk cermin sisi x nmpak, x tau la klu dia dari lorong kecemasan ke. Cth tgh nk ke lane kiri, tetiba dia ada.
Quote green~tea 5-7-2023 07:31 AM
Bahaya bawak motor ni
Quote BoongaKertas 5-7-2023 07:51 AM
salam takziah buat keluarga rider ni. Allahu, terlepas dah arwah dari dunia tipu2 ni

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.050346 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top