View: 2032|Reply: 44
|
Terseret Dengan Motor Lepas Dilanggar Kereta Tukar Lorong Sebelum Dilanggar Lori Pula
[Copy link]
|
|
Seorang penunggang motosikal maut dilangar sebuah lori selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 13, Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) menghala ke Ampang, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian pukul 9.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas kemalangan dengan sebuah kereta dan lori di Kilometer 13, MRR2 menghala ke Ampang, Gombak, hari ini.
Kata beliau, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa sebuah motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia 20 tahun berada lorong tengah dari arah Batu Caves menghala Ampang.
“Apabila sampai di tempat kejadian, telah datang sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 48 tahun dari lorong paling kanan.
“Pemandu tersebut dipercayai telah mengubah laluan masuk ke lorong tengah dan telah terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Noor Ariffin, akibat daripada kemalangan itu, mangsa telah terseret bersama motosikalnya ke lorong kiri dan telah dilanggar sebuah lori.
“Lori tersebut dipandu lelaki tempatan berusia 45 tahun ketika berada di lorong kiri jalan,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Ariffin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Selayang.
“Pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556
“Atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak penunggang motor ni jgn la duk lane tgh2....serius , susah kereta nk lalu..
Bg kes ni perempuan umur 48 yg bawak keta merc ni tolongla sebelum tukar lorong tu hati2..panjangkan leher untuk elak blind spot atau terlanggar kenderaan lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Sian.. muda muda dah kembali ke negara abadi.... Moga syurga buatmu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Thunderclouds at 4-7-2023 09:32 PM
GLA tu kompom main tukaq lorong xbg signal.
Bpa byk dash cam dh tgk kalo lggaq moto time tukaq lorong kete xbg signal
Kalo bg pon main tukaq melulu. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 4-7-2023 08:57 PM
Boleh tak penunggang motor ni jgn la duk lane tgh2....serius , susah kereta nk lalu..
Bg kes ni per ...
Aku suka follow dekat².
Nnt dia lari sendri. Tau takut.
Kita main tukaq² lorong kerapp sgt pon bahaya jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian budak tu... org pakai kereta besar2 ni selalunya otak is missing time driving... selalu sangat i tgk main tukar lane tak bagi signal... dan kereta diorg bukan cikai2 ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu iols rengsa kalau jumpa pemandu pompuan lagi2 pompuan cina |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau melibatkan kematian mcm ni, lesen kena gantung kan? |
|
|
|
|
|
|
|
bunnyj3lly replied at 4-7-2023 10:36 PM
Kalau melibatkan kematian mcm ni, lesen kena gantung kan?
Aritu sepupu terlanggar apek tua naik beskal kat kampung kat jalan berbukit, dibatalkan lesen. Kena tunggu setahun kot baru boleh apply semula dari A-z. |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 4-7-2023 10:41 PM
Aritu sepupu terlanggar apek tua naik beskal kat kampung kat jalan berbukit, dibatalkan lesen. Ken ...
Apek mati ke? Oh no..
Anyway.. batal lesen means lepas tempoh menunggu tu, dia kena masuk kelas memandu balik betul tak? Wow wow wow |
|
|
|
|
|
|
|
bunnyj3lly replied at 4-7-2023 10:58 PM
Apek mati ke? Oh no..
Anyway.. batal lesen means lepas tempoh menunggu tu, dia kena masu ...
Yes mati apek tu. Apek tua x kawen, bawak beskal memang melelong. Tapi dah nasib sepupu tu laaa dapat merasa pengalaman "ngeri". Dia otw nak ke sekolah f6 masa tu. Duduk kg dan sekolah agak jauh, mmg kena naik kereta juga. Lepas habis tempoh batal lesen, dia kena masuk kelas balik semua. Amik L pastu P |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by CariMalay at 4-7-2023 11:29 PM
Seram lak tengok gambar. Keadaan dia meninggal dunia kita dah nampak dan tau. Tapi agak2 camne la pulak rupa keadaan aku masa mati nanti, nak sangat tau aku mati sebab apa, sakit sebab apa, pada umur berapa, pada tahun bila, pada tarikh apa, mati kat mana, tapi semuanya rahsia.
Kalau aku mampu nampak diri sendiri masa tengah ambang sakaratul maut then mati, mesti menggigil seluruh badan sebab terlalu takut. |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 4-7-2023 11:03 PM
Yes mati apek tu. Apek tua x kawen, bawak beskal memang melelong. Tapi dah nasib sepupu tu laaa da ...
Bertabahlah.. udohler muda remaja lagi.. ada kawan iols, tipsy katanya time driving, siden jugak langgar orang mati, dia terus tak drive ever since. I lupa nak tanya apa jadi dgn lesen dia masa dia cerita tu. Sampai sudah gaji berpuluh ribu pun sanggup sewa rumah dekat level jalan kaki pegi opis. Kemana-mana memang grab jelah. Mujur dia introvert. Single yaaaa... Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pemandu wanita yg melanggar itu dihantui perasaan bersalah dan ketakutan seumur hidup....patut ko yg mati...bkn adik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti tukar lorong pakai niat je. Pemalas nak bagi signal. Bengap nak mampos. Bila kena hon, triggered. Betina atau jantan sama je. |
|
|
|
|
|
|
|
hudalarva: kesian budak tu... org pakai k ... ya betul. Sat lagi kalau masuk court berduyun2 la peguam x kira ras nak bekap perempuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
MissVixen replied at 4-7-2023 11:48 PM
Ni mesti tukar lorong pakai niat je. Pemalas nak bagi signal. Bengap nak mampos. Bila kena hon, trig ...
Kannn. Ai hon pon orang pandang samada macam samseng atau buat muka tembok. Agak orang Malaysia ni kat atas jalan kena ada ilmu psychic kot .. baca fikiran mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta tu mungkin 'blind spot' - aku kdg2 pelik sebaik bg signal asal tukar laluan, tgh otw nk tukar kereta dh masuk lane lain, baru nmpak ada motor. Tgk cermin sisi x nmpak, x tau la klu dia dari lorong kecemasan ke. Cth tgh nk ke lane kiri, tetiba dia ada. |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah buat keluarga rider ni. Allahu, terlepas dah arwah dari dunia tipu2 ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|