CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Ditahan, Degil Tak Nak Bayar Tol RM9,532

4-7-2023 07:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 284| Komen: 2

BANGKOK – Seorang pemandu warga Kemboja ditahan oleh Polis Lebuh Raya Thailand semalam selepas memandu melalui plaza tol di daerah Bang Lamung, wilayah Chon Buri tanpa menjelaskan bayaran berjumlah lebih 70,000 baht (RM9,322).


Thaiger melaporkan tangkapan itu dibuat pada pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) yang diketuai oleh Pemangku Ketua Polis Lebuh Raya, Mejar Jeneral Jaroonkiat Pankaew.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha telah dibuat untuk menambah baik aliran trafik di sepanjang Lebuh Raya 9 antara Bang Pa-in dan Bang Phli.

Foto: BBC

Pemandu kenderaan dibenarkan menggunakan jaringan tersebut walaupun tanpa akaun pembayaran  M-Flow, namun diwajibkan membayar caj tertunggak dalam masa dua hari selepas menggunakan lebuh raya di Thailand.

Kenderaan pikap yang dikendalikan oleh pemandu bernama Term Nuo itu adalah antara 20 kenderaan teratas yang disenaraikan dalam senarai pesalah mengelak membayar tol.


Laporan menunjukkan kenderaan itu telah melalui saluran M-Flow sebanyak 266 kali tanpa bayaran, sekali gus mengumpul bayaran tertunggak sebanyak 71,580 baht (RM9,532) dalam caj tol yang belum dijelaskan, lapor akhbar Bangkok Post. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 5-7-2023 09:19 AM
bapak ah mahal mmpos
Quote shamsadis 5-7-2023 09:34 AM
ada tol ke?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.049300 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top